in , , ,

Myairline Lantik Zurich Malaysia Sebagai Penyedia Insurans Perjalanan Rasmi 

MYAirline hari ini mengumumkan bahawa Zurich Malaysia telah dilantik sebagai penyedia insurans perjalanan eksklusif untuk memudahkan proses mendapatkan perlindungan perjalanan bagi penumpangnya. Ia meliputi semua laluan sedia ada dan yang bakal diperkenalkan MYAirline.

Penumpang MYAirline boleh mendapatkan MYAirline Travel Insurance (mula diperkenalkan pada Februari sebagai MY Travel Shield*) untuk melindungi perjalanan mereka daripada kesulitan dan musibah. Proses pembelian bagi perlindungan ini amat mudah kerana ia telah dijadikan sebahagian daripada proses pembelian tiket penerbangan – menjadikan ianya mudah, ringkas dan secara terus. 

MYAirline Travel Insurance ialah insurans perjalanan yang direka untuk meliputi penerbangan tertunda atau perjalanan yang dibatalkan; bagasi hilang, rosak atau lewat tiba; rawatan perubatan kecemasan semasa perjalanan; dan faedah COVID-19. Ini amat berguna apabila jangkitan COVID-19 masih wujud selepas sempadan negara dibuka. 

Rayner Teo, CEO of MYAirline (left) and Junior Cho, Country Head of Zurich Malaysia (right) officiating the strategic collaboration

Pengenalan insurans baharu ini adalah tepat pada masanya kerana terdapat lonjakan permintaan bagi perjalanan domestik sama ada untuk perniagaan dan percutian. Peningkatan percutian dalam negeri dan penyambungan semula perjalanan udara yang direkodkan oleh lapangan terbang di Malaysia merupakan petanda baik bagi perlindungan perjalanan. Dalam bulan Disember 2022 sahaja, terdapat 6.8 juta pergerakan penumpang, menyumbang kepada pertumbuhan tahunan yang ketara dalam industri pelancongan bagi tahun 2022. Kini, penumpang MYAirline boleh mendapatkan perlindungan bermula daripada tambahan RM25 untuk penerbangan sehala atau pergi balik, sehingga jumlah insurans RM100,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal. 

Rangkaian laluan semasa MYAirline terdiri daripada lapan destinasi domestik, merangkumi 30 penerbangan setiap hari. Syarikat penerbangan itu menerima sokongan berterusan dengan menerbangkan kira-kira 5000 penumpang setiap hari pada bulan kedua operasi. 

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo, berkata “Kami berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang bukan sahaja ‘sama baik’ tetapi yang lebih baik. Satu aspek yang difokuskan ialah pengalaman perkhidmatan pelanggan dan kebolehpercayaan, termasuklah keselamatan. Zurich Malaysia memahami keperluan kami dan mempunyai kepakaran global untuk menyediakan penyelesaian terbaik buat penumpang kami. Saya yakin bahawa penyelesaian strategik mereka boleh membawa kami ke hadapan, dalam misi kami untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan dan dipercayai, menyediakan perjalanan udara yang selamat, boleh dipercayai dan mampu milik.” 

Group photo with board members and senior management from both MYAirline and Zurich Malaysia

Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho, berkata “Ini adalah satu lagi kejayaan bagi usaha kami untuk membina masa depan yang lebih cerah bersama-sama, dan untuk rakyat Malaysia. Kami percaya jalinan kerjasama amat diperlukan untuk meluaskan titik sentuh dan menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama memberikan ketenangan fikiran. Ini adalah peluang yang baik untuk kami melaksanakan usaha untuk melindungi segala yang bermakna, bersama- sama organisasi yang berfikiran sama. Kami amat teruja dilantik oleh MYAirline dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan yang menarik ini bersama mereka.” 

Selain insurans perjalanan, Zurich juga menyediakan penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif untuk rakyat Malaysia, merangkumi penyelesaian hayat dan am. Zurich adalah satu-satunya syarikat insurans antarabangsa di Malaysia yang memegang keempat-empat lesen insurans dan takaful daripada Bank Negara Malaysia. 

*MYAirline Travel Insurance mula diperkenalkan sebagai MYTravel Shield. Pertukaran nama akan dilakukan sehingga akhir Mac 2023. Spesifikasi dan liputan produk kekal sama. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harga Tiket Instant Cafe Night Live! Edisi X Serendah RM88 untuk B30!

Ayda Jebat Jawab Dakwaan Dapat Tiket Percuma Konsert Blackpink