in ,

Muzik Video PELUANG KEDUA Cecah 10 Juta Tontonan dalam Masa Dua Minggu

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila muzik video Peluang Kedua telah mencapai tontonan sebanyak 10 juta.

Jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam masa dua minggu selepas ia dimuat naik di YouTube. Berita gembira itu turut dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Bella di sebuah entri di Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur, 10 MILLION views dalam masa dua minggu.”

Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are.  

“Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je. 

“Tidak dilupakan MK K-Clique untuk penampilan yang cukup cemerlang,” katnnya.

Muzik Video PELUANG KEDUA Cecah 10 Juta Tontonan

Tambahnya, orang ramai juga boleh menonton video di sebalik tabir pembikinan muzik video Peluang Kedua di YouTube rasmi Nabila Razali.

“Kalau nak tahu siapa orang penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di YouTube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata terkejut apabila jumlah tontonan tersebut sangat tinggi memandangkan ia baru dimuat naik dua minggu lalu. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga komen ‘nakal’ yang mendakwa kehadiran MK MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan antara faktor video tersebut mendapat perhatian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tya Arifin & Asyraf Khalid Bersyukur Berjaya Buka Wisma Mutyara

Isu Hina Orang Asli, Siti Sarah Mohon Maaf Terlepas Kata