in ,

Muzik Video FAMOUS – Kanye West Menampilkan Selebriti Tidur

First time pagi ni Budiey menonton Music Video lagu terbaru FAMOUS – Kenya West tu. Menampilkan seramai 12 orang popular berbogel sambil berbaring menunjukkan mereka sedang lena tidur. Antara mereka ialah Taylor Swift, Amber Rose, Rihanna, Chris Brown, Caitlyn Jenner, Bill Cosby, Donald Trump, George W. Bush, Anna Wintour, Ray J, Kim Kardashian West, and Kanye himself.

Dengan imej visual sebegini, pastinya muzik video ini mendapat perhatian dan juga pelbagai pandangan dari penonton. Turut diselitkan beberapa footage video seks Kim Kardashian West dan Ray J yang tersebar dulunya. Paling mengejutkan apabila kelibat President Bush turut berada dalam kelompok ini. Ia mungkin cukup simbolik tentang isu racism dari sudut pandangan Kanye West.

Walaupun dikatakan ia hanya patung atau lukisan… muzik video ini masih hangat diperkatakan di sosial media.

Kita tengoklah esok samada video ni trending di Youtube Malaysia atau tak.

Motifff? Apa yang nak dia sampaikan sebenarnya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – Filem NERVE

Ulasan Penonton Filem THE SHALLOWS