in ,

‘Musim’ Baharu Jam Hot Bersama Deen, Haziq & Fad

Nuansa perubahan begitu terasa ketika ‘musim’ baru Jam Hot dimulakan hari ini bersama ‘pemain’ terbaharu Hot FM, Fad. Kemasukan Fad sebagai jentera hadapan terbaharu di Hot FM, menerajui segmen Jam Hot bersama Deen dan Haziq, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 4 petang hingga 8 malam.

Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam, 30, merupakan seorang pelawak dan pelakon telah bergiat aktif di dalam industri hiburan tanah air sejak tahun 2013. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan realiti TV3, Bintang Mencari Bintang musim pertama. Menurut Ketua Program Hot FM, Ainul Farhana Razali, keserasian yang ditunjukkan oleh Fad ketika ke udara sebagai penyampai jemputan bersama Deen dan Haziq menjadi faktor utama mengapa beliau dipilih untuk bersama Hot FM. 

“Fad mempunyai kebolehan untuk menyampaikan sesuatu topik atau cerita dengan baik. Beliau adalah seorang ‘storyteller’ yang sangat bagus. Tambahan pula, Deen, Haziq dan Fad berkongsi banyak persamaan, antaranya mereka bertiga memang meminati sukan bola sepak, ketiga-tiga juga merupakan ‘young daddy’, jadi apabila mereka digandingkan, kita boleh melihat keserasian mudah timbul dan perbualan di udara menjadi senang, baik buat mereka dan juga para pendengar. Ini memberi impak yang positif kepada pengisian dan penerimaan pendengar terhadap segmen Jam Hot”

Jam Hot Poster

“Selama 2 tahun segmen Jam Hot dikendalikan oleh 2 penyampai, jadi pemilihan Fad adalah langkah baru bagi memantapkan lagi barisan penyampai kami. Selain di udara, keserasian dan persamaan antara mereka bertiga dalam menyediakan pengisian menerusi platform digital juga menjadi faktor besar mengapa kami mengambil langkah ini. Pemilihan Fad diharap dapat melengkapi Jam Hot sekaligus dapat menaikkan lagi jumlah pendengar untuk slot petang di Hot FM” jelas Ainul Farhana. 

Minggu lepas, Hot FM juga telah mengumumkan trio terbaharu Geng Pagi Hot iaitu Mark Adam, Fizie dan Riena Diana. Mereka akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi. Manakala Zetty kekal mengelola segmen Mega Hot dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. 

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Fad

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Hot FM, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Indonesia Rina Gunawan Meninggal Dunia

RTM Raikan Tahun Baharu Cina di Musim Pandemik Covid-19