in , ,

MukaRakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.O.S (Name of Survivors)

Syarikat rakaman Def Jam Indonesia sekali lagi tampil memberikan yang terbaik untuk peminat muzik hip-hop/rap. Kali ini giliran MukaRakat bagi menunjukkan kemampuan mereka melalui single terbaru berjudul “N.O.S (Name of Survivors)”.

Berbalik kepada MukaRakat, kumpulan yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D’Flow, I’m Rapholic, dan DJ Geramar. Seperti yang mungkin anda ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop tradisional atau lama. Begitu juga dalam single “N.O.S (Name of Survivors)”, mereka masih memilih lagu hip-hop old school untuk trek mereka.

Jika dilihat pada lirik, ia adalah cerita tentang pengalaman perjalanan mereka dalam industri muzik selama ini, di mana kerja keras, usaha gigih, serta sokongan dari ramai individu menjadikan mereka terus kuat berusaha demi minat mereka.

Mukarakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.o.s (Name Of Survivors)

“Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ianya memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy setiap proses dan tentu saja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya,” kata Lipooz.

Apa yang menarik, mereka turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik. Satu cara yang bijak dalam usaha memperkenal dan menyebarkan budaya Indonesia Timur dengan lebih meluas.

Dari segi bunyi, susunan muzik dari MukaRakat untuk single “N.O.S (Name of Survivors)” masih tetap menggunakan konsep hip-hop lama seperti dalam single mereka sebelum ini.

Mukarakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.o.s (Name Of Survivors)

Walaupun tiada perbezaan khusus dalam susunan muzik, mereka telah menambah sesuatu yang baru iaitu penggunaan bunyi bass yang lebih old school, yang tentu saja lebih raw. Mereka turut memasukkan bunyi-bunyian daripada alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur sebagai fill-ins di beberapa bahagian. Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, dibawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n’ B.

Alat muzik tradisional dan bahasa daerah dari tempat asal mereka memang sering digunakan dalam setiap karya mereka. “Penggunaan bahasa daerah adalah karakter dan juga identiti MukaRakat,” tambah Lipooz.

Mukarakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.o.s (Name Of Survivors)

Kekuatan rima, flow yang pantas dan lancar, kombinasi muzik etnik dan moden, identiti kearifan tempatan (local wisdom), dan kritikan sosial adalah elemen utama bagi karya MukaRakat untuk tetap berada di pentas muzik hip-hop dan juga dalam industri muzik negara itu.

Sementara menanti pandemik Covid-19 di Indonesia berakhir, anda harus mendengar single “N.O.S (Name of Survivors)” berulang kali. Selamat mendengar!

Mukarakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.o.s (Name Of Survivors)

N.O.S (Name Of Survivors)

Artist : MUKARAKAT

Song Producer : LIPOOZ

Song Composer : MUKARAKAT

Arranger :  LIPOOZ

Music & Lyric :  MUKARAKAT

Vocal directed by : MUKARAKAT

Vocals recorded at :  ANTIDA STUDIO

Vocals audio engineered by : ARUL

[ Verse 1 : DIRTY RAZKAL ]

Sa masuk obrak abrik kam pung trick lagu lama

Mau pi bolak balik tetap break di jalur yang sama

Dong bikin pusing macam rumus logaritma

Baik nya pasang kuping dan dengar ni sa pung logat rima

Dengan seksama

Sa lepas amunisi 16 bar pertama

Yang lebih liar dari skenario teks drama komedi putar

Kalo rahang sudah kotak tingkah jangan cetar-cetar

Sa pung rakat bilang mereka lima tuh bajingan

Kalo mukarakat main pasti semua angkat tangan

Ke udara, getarkan satu nusantara

Bikin mereka yang benci pung telinga berdarah

Mengerihkan?! Sa su bilang kan

Flow nih memabukan

Jang coba uji nyali kalo takut sendirian

Ah..,Biarkan sejarah yang membuktikan

Hingga rakat yang datang dobrak pintu kesuksesan…mu

[ Chorus ]

Sa pencet NOS, cabut rem, lari lurus trus (boss)

Bukan game, sa tirkasih los

Tir kasih kau jeda, sa makan ko mentah

Ain’t no competition, maju truss

[ Verse 2 : D’FLOW ]

Sa lempar bom macam iron man, berhati hatilah

Sa akan selalu siap di tempat man apa bila

Saat kau coba mencela..hmm?

Mencari celah tuk jatuhkan ku man trakan mudah

Ini sudah sa buktikan dengan data

Apa yang kau punya semua sudah sa kunyah

Sa sudah jung..kir balik

Tara pu..tar balik

Ni sa ka..si panik

Buat kau su..sah naik yo!

Sa sebar lirik bagai racun

Kau dengar sa kas bunyi di telinga bagai mercon

That’s true. Su dari dulu sampai sekarang

Ni masih sa pung muka

Kalo memang kau tra suka mari bicara depan muka

[ Verse 3 : ACHY ]

Sa represent rap for my shit

Hustle tiap hari di rap? OH…jelas masih !

Selalu hadir beda, timbulkan reaksi

Yang lain baru mimpi tong su unjuk gigih

You better watch out kid ! ( you better watch out )

Ni belum seberapa woi ( You better watch out )

Di kala yang lain sibuk saling menuding

Tong hadir beri karya yg tak retak bagai gading

Masih bawa flame

Sa rebut kembali tahta yang dong su claim ! What?

Sa keras macam sean strange

Bungkam semua mulut kaum plagiat Einstein !

[ Verse 4 : LIPOOZ ]

Sa buka buka langsung depan muka

Biar penyuka liat dengan mata terbuka

Kesombongan masa muda , tiap track yang sudah sudah

Microphone yg sa ludah ,sudah, jadi saksi

LPZ pompa gas ke kompor hip hop seperti LPG

Sa produsen, lainnya melamar jadi SPG

Sa nyanyi , seperti Refugees ( Uuh la la )

Feel free to come and test me

Sa tetap fresh menginvest ide di kepala

Segala drama sa kasih tinggal di belakang

Demi masa masa terbaik yg pernah sa tata

Demi cinta & kejayaan mengolah kata

Step into the arena like it is my last chance

I do it for my rakat and the love for my fans

For my family I swear I’ll make things right

If u down with me

Let’s take a one last ride…

[ Chorus ]

Sa pencet NOS, cabut rem, lari lurus trus (boss), bukan game, sa tirkasih loss

Tidak kasih kau jeda, sa makan ko mentah

Aint no competition, maju truss..truss..truss!!

Tentang MukaRakat

MukaRakat adalah kumpulan hip-hop dari Nusa Tenggara Timur yang kini menetap di Bali. Ditubuhkan pada tahun 2017, nama MukaRakat mempunyai makna tersendiri. Rakat atau masyarakat adalah sebutan khusus bagi pendatang dari Indonesia Timur, terutama Nusa Tenggara Timur. Jadi, MukaRakat dapat ditafsirkan sebagai Wajah dari Timur.

Dianggotai oleh lima ahli, MukaRakat sering menyuarakan suara Indonesia Timur melalui mesej pada lirik dalam setiap lagu. Bukan hanya itu, dari lagu-lagu mereka, MukaRakat juga boleh dikatakan masih berpegang teguh dengan dialek bahasa tempatan dan alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur.

MukaRakat kini menjadi salah satu kumpulan yang semakin dikenali dalam dunia muzik hip- hop dari negara itu. Kekerapan mereka menyertai beberapa festival muzik yang besar juga pasti dapat melonjak naik karier mereka.

Bahkan juga, video muzik mereka di laman YouTube sering ditonton oleh peminat mereka dengan tontonan mencapai ratusan ribu hingga jutaan kali. Bersama dengan Def Jam, tidak mustahil bagi MukaRakat untuk bersinar bukan hanya di arena muzik hip-hop Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, Asia, malah di dunia.

Ikuti: Instagram / Facebook / Twitter Tentang Def Jam Recordings Asia Tenggara

Def Jam telah tiba di Asia Tenggara secara rasmi. Sedangkan hip hop telah wujud di Asia Tenggara sejak beberapa dekad, dan mengubah alur budaya bersesuaian dengan konteks tempatan, dan syarikat rakaman gah ini hanyalah pemacu dan pembimbing yang diperlukan untuk membawa budaya ini ke aras yang lebih tinggi. Hip Hop Asia kini satu fenomena global dan sudah tiba masanya untuk kita turut sama beraksi.Page2Image28292992Page2Image28293184Page2Image28293376

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok 2020 | 23

Wak Doyok Disiasat Guna Lambang Peribadi Sultan Johor

Mira Filzah Black | 24

Covid-19: Pemberian Barangan Dapur Garden Of Eid