in ,

Covid-19: Pemberian Barangan Dapur Garden Of Eid

Sempena bulan Ramadan yang mulia, dua buah Pertubuhan Bukan Kerajaan bekerjasama untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan barangan rumah.

Garden Of Eid serta Charity Right.My bergabung untuk bersama-sama khalayak membantu mereka yang tidak berkemampuan di bulan yang mula ini. Kempen yang dinamakan ‘Garden of Eid’s Grocery Run Giveaway’ ini diadakan 27 April hingga 3 Mei 2020. 

Goeposter

Di kala semua perkara terkini melibatkan sosial media, kedua-dua pihak ini menggunakan platform ini untuk menjalankan kempen ini. 

Mekanisme yang mereka jalankan mudah untuk disertai orang ramai. Khalayak hanya perlu mengikuti laman sosial Garden Of Eid dan meninggalkan komentar perihal individul atau keluarga yang berhak atau perlu mendapatkan hadiah berupa barangan dapur yang berharga RM500.

Sebarang gambar juga turut dialu-alukan. Jangan lupa, bermula dengan mengikuti Instagram @gardenofeid dan menggunakan #GOEWeeklyGiveaway.

Mari bersama-sama menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. 

#GOE2020 #GardenOfEid #FaithInspired #Giveaway 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mukarakat | 17

MukaRakat Lancar Single Terbaru Berjudul N.O.S (Name of Survivors)

Dj Lin | 18

Sebarkan Kebaikan, Suria Bersama Anda Sepanjang Ramadan Ini