in ,

Asteroid Terbesar Dalam Tahun Ini Dijangka Akan Menghampiri Bumi Pada 29 April 2020

Sebuah asteroid terbesar dalam tahun ini dikesan akan melepasi hampir dengan bumi pada 29 April 2020 pada sekitar jam 9:56 a.m atau masa umumnya adalah pada 5.56 a.m.

Menurut NASA’s Center for Near Earth Object Studies(CNEOS), asteroid yang dikenali sebagai (52768) 1998 OR2 itu didakwa berukuran antara 1.1 batu dan berdiameter lebih sedikit daripada 2.6 batu. Asteroid itu dijangka akan melepasi bumi pada kelajuan 20,000 batu/jam, pada jarak 4 juta batu (6 juta km) dari bumi atau bersamaan dengan 16 kali jarak antara bumi dengan bulan.

Sungguhpun laluan orbit asteroid itu sedia diketahui tidak akan menghentam bumi, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai asteroid yang boleh membahayakan bumi kerana saiznya yang besar.

Asteroid (52768) 1998 OR2 ini dijangka akan kembali menghampiri bumi dalam tahun 2079 nanti pada jarak yang lebih dekat iaitu sekitar 1 juta batu dari bumi (bersamaan dengan 4 kali jarak antara bumi dengan bulan).

Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, NASA telah mengesan semakin banyak orbit asteroid baru mengelilingi matahari.

Sumber: Wiser

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liza Hanim Lancar Single TIADA Ubati Kerinduan Peminat

Muka Shahir AF Kebas & Bengkak Sebelah! Peminat Risau Takut Kena Bell’s Palsy