Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Mudah & Murah Itu Sebab Budiey Pilih FLOWER CHIMP

Setiap kali tiba hari Ibu, hari bapa, hari jadi ke, hari ulangtahun perkahwinan ke atau sambutan hari apa sahaja pun, kita mesti nak cari kedai bunga. Betul tak? Orang kata, walaupun ada hadiah lain yang lebih grand, lebih mahal nak kasi tapi hadiah jambangan bunga ni tetap menjadi pilihan utama.

Orang kata, tak lengkap kalau tak selit jambangan bunga sekali sebab bunga ni bagi kita adalah sesuatu yang indah dan melambangkan rasa kasih sayang yang cukup berharga. Haa, muah ciked jika korang bersetuju dengan pendapat Budiey ni.

Ye la kan, apa salahnya sekali sekala menghargai orang yang kita sayang dengan menghadiahkan jambangan bunga. Bukannya selalu pun, sekali sekala je pun. Sekarang ni, lagi la senang nak kasi hadiah bunga sebab kita boleh mendapatkannya di hujung jari je. Tak payah nak gi keluar rumah cari kedai bunga kat luar sana tu. Ya, sekarang dah senang sebab boleh tempah secara dalam talian je (online). Lagi jimat masa dan jimat tenaga serta jimat minyak kereta. Haha!

Baru-baru ini, sempena hari ibu, Budiey pun cuba cari jambangan bunga dalam talian ni. Cari punya cari, terjumpa satu kedai dalam talian iaitu FLOWER CHIMP. Haa, ianya florist atau lebih kita kenali sebagai flower delivery… Bukan sebarang kedai sebab FLOWER CHIMP ni adalah online florist in Malaysia… pendek kata ia adalah antara kedai bunga dalam talian yang sangat top di Asia Tenggara! Haa, bukan setakat Malaysia je malah terkenal di Filipina dan juga Indonesia.

Nak kasi korang senang kenal kedai bunga dalam talian ni, boleh layari www.flowerchimp.com atau like Facebook iaitu @FlowerChimpMY atau follow je Instagram @flowerchimp. Nak lagi senang boleh ikuti hashtag #sayitwithflowers untuk melihat post-post menarik di sosial media.

Sejurus buka je laman sesawang florist ni, Budiey mendapati banyak pilihan jambangan bunga disediakan dengan harga yang berpatutan. Ia sangat tersusun kemas mengikut kategori bergantung kepada minat, acara yang ingin diraikan dan kegemaran korang. Tak perlu susah-susah sebab ada cadangan tersendiri daripada pihak FLOWER CHIMP ni jika korang susah nak buat pilihan.

Setelah membuka laman website kedai bunga ni, ternyata Budiey sendiri rambang mata melihat bunga yang sangat cantik dan yang penting harganya sangat berpatutan. Budiey pun pilihlah satu jambangan bunga yang sesuai dengan citarasa Budiey agar sesuai untuk diberikan kejutan buat yang tersayang.

Lagi memudahkan, korang boleh mesej terus dengan jurucakap florist yang sangat mesra ni menerusi Whatsapp yang tertera di laman sesawang ni. Haa, mudah kan… terutama jika korang nak bertanya sesuatu dan mahu mendapatkan jawapan segera.

Ada yag didatangkan didalam pasu, ada yang hanya dalam jambangan. Digubah cantik mampu menyentuh perasaan. Chewah. Dan setiap gubahan diletakkan juga harga yang ditawarkan jadi memudahkan membeli membuat pilihan mengikut bajet yang telah diperuntukkan.

Tambah lagi untuk korang semua yang membaca blog ni, korang diberikan potongan harga 15% untuk setiap jambangan bunga. Istimewa untuk korang, boleh gunakan kod promo BUDIEY15 untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% semasa pembelian di www.flowerchimp.com. Tawaran istimewa ini berakhir sehingga 31 Ogos 2018.

Cepat-cepat jangan lambat-lambat. Ini masa yang sesuai untuk menghargai insan tersayang!

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version