in , ,

MPO Rai Ulangtahun Ke-25 Dengan Konsert Malam Gala Jubli Perak Penuh Gemilang

Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) meraikan ulangtahun ke-25 dengan sebuah konsert Malam Gala Jubli Perak pada Sabtu, 19 Ogos 2023 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Konduktor muzik terkemuka dari Itali, Roberto Abbado akan kembali ke podium DFP untuk menerajui MPO dengan sentuhan magis beliau di majlis penuh gemilang ini.

Lebih menarik lagi, konsert ini bakal mengangkat dua insan seni tempatan berbakat besar di negara ini. Konsert ini akan dimulakan dengan karya dari Eugene Tong bertajuk Panaon (Perjalanan), sebuah karya bernuansakan keraian yang berjiwa besar, sesuai dengan matlamat konsert ini.

MPO Rai Ulangtahun Ke-25 Dengan Konsert Malam Gala Jubli Perak Penuh Gemilang

Susunan muziknya menyerlahkan elemen dari Borneo, simfoninya tersirat jiwa dan nuansa negeri Sabah disulami gabungan bunyian indah melalui alunan alat muzik tradisional ‘sundatang’.

IMG_0299_MPO 2023 SEASON GENERIC

Seterusnya, pemain piano Tengku Irfan akan mengambil alih pentas utama. Bukan sahaja beliau merupakan pilihan tepat untuk menjadi solois bagi simfoni Piano Concerto No.2 karya Liszt bersama MPO, artis berbakat besar ini juga lahir pada tahun yang sama dengan kelahiran MPO. “Penubuhan MPO adalah sangat penting; karier dan perjalanan muzik saya tidak akan wujud tanpanya.” ujar beliau.

Sejak persembahan sulungnya bersama MPO pada umur 11 tahun, Irfan telah menerima pelbagai pengiktirafan dalam bidang muzik klasikal termasuk tiga ASCAP Morton Gould Awards. Pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai ‘MPO Youth Ambassador’ sempena sambutan ulang tahun MPO ke-20 dan beliau telah memberi inspirasi kepada golongan muda untuk memupuk minat terhadap muzik klasikal menerusi kerjasama beliau dengan Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra, MPYO). 

Tengku Irfan - Photo 4 (1)
Tengku Irfan

MPO bakal mengakhiri konsert ini dengan persembahan penuh bertenaga karya Mussorgsky bertajuk Pictures at an Exhibition dalam susunan orkestra sentuhan Ravel.

Konsert ini berhasrat untuk menyatukan individu-individu yang mempunyai minat yang sama pada muzik dan ingin untuk melakukan sumbangan. Anda bukan sahaja akan menyokong industri seni tetapi juga membawa impak positif kepada komuniti muzik tempatan. Kehadiran dan sumbangan anda akan membantu kami meneruskan misi program pendidikan dan luaran MPO ke seluruh Malaysia.

Sumbangan bermula dari RM988 boleh dibuat menerusi pembelian tiket. Kelebihan yang anda bakal nikmati sebagai penyumbang dan penaja di konsert Malam Gala Jubli Perak ini ialah potongan cukai bagi setiap pembelian tiket, sebuah resepsi koktel dan cenderamata eksklusif sempena sambutan ulangtahun MPO kali ini. #YouAreTheReason

Roberto-Abbado_ph.-MiroZagnoli-2016-1
Roberto Abbado

Maklumat Konsert 

Tarikh

Sabtu, 19 Ogos 2023 jam 8.30 malam

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Orkestra / Konduktor / Solois

Orkestra Filharmonik Malaysia  

Roberto Abbado conduktor

Tengku Irfan piano

Harga Tiket melalui Sumbangan 

RM988/seorang & RM1,288/seorang

Suite: RM1,388/seorang & RM1,588/seorang

Suite: RM8,000/suite & RM12,500/suite 

Waktu Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada malam persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali jika ada konsert berjadual)

Tempahan Telefon: 03-23317007 Tempahan Email: [email protected]
Laman Web MPO: www.mpo.com.my

Facebook & Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra
YouTube
: MPO TV, Spotify: MPO, TikTok: @malaysianphilharmonic

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA

AIFFA Berpotensi Berkembang, Berjaya Seperti Festival Rainforest

AIFFA 2023

Malaysia Raih 6 Anugerah! Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang AIFFA 2023