in , ,

MPO Beri Penghormatan Buat S. Atan Di Konsert Bertemakan Aidilfitri  

Raikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama Orkestra Filharmonik Orkestra (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO) apabila orkestra ini mempersembahkan sebuah konsert penghormatan kepada komposer lagenda Malaysia, S. Atan dalam konsert bertajuk Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022, jam 8:30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP).

Dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert bertemakan Aidilfitri yang julung kali diadakan ini akan meyaksikan kebolehan MPO untuk mempersembahkan muzik dari pelbagai genre, daripada karya orkestra klasik kepada muzik filem, pop, jazz dan kontemporari.

Konsert ini juga akan menyaksikan S. Atan menyertai senarai artis-artis yang pernah berkolaborasi bersama MPO seperti Tan Sri SM Salim, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Datuk Ramli Ibrahim, Aubrey Suwito dan ramai lagi. MPO telah memberi penghormatan kepada artis-artis hebat ini di mana karya-karya ulung mereka amatlah sinonim dengan persada muzik Malaysia.

Senorita Carmen_A4

Seorang lagenda dalam industri muzik, S. Atan (atau nama sebenarnya, Hashim Said) ialah seorang penulis lagu, komposer muzik dan penerbit yang memenangi pelbagai anugerah. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menulis, menggubah dan menghasilkan lebih daripada 1,000 lagu-lagu hit untuk ramai artis yang terkenal. Antara artis yang pernah bekerjasama dengan beliau ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Datuk DJ Dave, Dato’ Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Dato’ Sudirman Haji Arshad.

MPO Carmen

Saksikan MPO mempersembahkan lagu-lagu Aidilfitri S. Atan yang ikonik dan penuh dengan nostalgia di pentas DFP seperti, Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Joget Hari Raya, Salam Aidilfitri, Inang Aidilfitri, Menjelang Hari Raya dan banyak lagi. Semua lagu-lagu yang dimainkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik dari Luqman Aziz, Jenny Chin, Ilham Subri, Gerard Salonga, Ahmad Muriz Che Rose, Vivian Chua dan Syed Sharir.

JAMAL

Konsert ini juga akan disertai oleh artis-artis lagenda Malaysia seperti Dato’ Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz. Mereka akan bergandingan bahu bersama MPO untuk membawa penonton menyusuri memori dengan mempersembahkan nyanyian mereka yang indah. 

JAYJAY

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila layari  HYPERLINK “http://www.dfp.com.my/cahayaaidilfitri” www.dfp.com.my/cahayaaidilfitri.

Anda telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi kami sepanjang segala usaha, komitmen dan cabaran yang kami hadapi. Semua pencapaian kami sehingga ke hari ini disebabkan oleh sokongan dan kesetiaan anda. Jadilah penunjang yang sentiasa mendorong kami. Dermalah kepada MPO di mpo.com.my/donate. Segala sumbangan yang diberikan akan disalurkan untuk terus memupuk bakat seni tempatan, menyajikan penonton kami dengan pelbagai pilihan muzik dan persembahan-persembahan yang menarik dan untuk terus menyebarkan keindahan muzik kepada semua. #YouAreTheReason

‘Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan’

S.ATAN

Maklumat Konsert 

Tempat

Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC

Tarikh

14 Mei 2022, jam 8:30 malam

Harga Tiket

Premium: RM329, A Reserve: RM 219, B Reserve: RM153 dan C Reserve: RM109

Suite: RM526 & RM592

Operasi Box Office 

Selasa ke Sabtu:10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan

Ahad: 12.00 tengahari ke waktu persembahan

(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Umum kecuali jika ada konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007 / 7511 / 7512 

Tempahan Email: [email protected]

Laman Web DFP:  www.dfp.com.my

Laman Web MPO: www.mpo.com.my 

Facebook dan Instagram DFP: @dewanfilharmonikpetronas

Facebook dan Instagram MPO: @malaysianphilharmonicorchestra

YouTube: MPO TV

Spotify: MPO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HASNURI

Bukan Sekadar Membeli, Hasnuri Tebar Rasa Cinta Setiap Hasil Jualan

AIMAN SIDEK

“Cinta Sejati Bukan Lagu Ciplak Karya Melly Goeslow,” – Aiman Sidek