in

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti 127 Hours

Salam buat semua pembaca budiman,

Kepada pembaca yang tak berjaya mendapat tiket untuk ke menonton Black Swan pada hari Sabtu ni, jangan risau, Budiey akan anjurkan satu lagi movie day out bersama anda pada hari Ahad. Kita akan tonton filem 127 Hours, nak tak?

Budiey dengan ini ingin mengajak pembaca untuk menonton filem 127 Hours bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay?

Tiket tak perlu bayar sebab Budiey belanja korang semua. Plus setiap korang yang dapat tiket, akan dapat goodie bag percuma dari Budiey.com. Cool kan? Tapi tempatnya sangat terhad, jadi siapa cepat dia dapat!

127 Hours adalah filem drama adventure lakonan utama James Franco yang disenaraikan ke peringkat akhir dalam kategori Aktor Terbaik pada Anugerah Academy yang telah berlangsung 28 Februari lalu.

Poster 127 Hours

Sinopsis 127 Hours:

Mengisahkan seorang pengembara yang ceria, Ralston yang ada kebolehannya sendiri serta berani menanggung risiko. Namun sebuah pengembaraan yang ditempuhinya berakhir dengan tragedi, yang meninggalkan kesan seumur hidup, sekali gus menarik minat pengarah berkaliber itu mengadaptasikan kisahnya dalam filem.

Filem garapan Boyle yang ditayangkan selama 102 minit ini tidak membosankan walaupun sebahagian besar jalan cerita hanya memfokuskan kepada usaha Ralston untuk menyelamatkan dirinya.

Pengarah bijak menyelitkan adegan menghiburkan, seperti memasukkan unsur jenaka walaupun ketika Ralston dirundung malang, sebagaimana dia bijak memuatkan unsur kasih sayang yang mampu menyentuh perasaan. Selain itu, Boyle turut memaparkan visual aktiviti cukup menarik sebelum tragedi menimpa Ralston, di mana dia bersama dua wanita yang baru dikenalinya berenang di sebuah kolam tersembunyi.

Seperti mana filem Slumdog Millionaire yang memilih Mumbai sebagai lokasi menariknya, filem 127 Hours pula berlatar belakangkan kawasan pergunungan di Utah, Blue John Canyon.

Drama ini memaparkan kisah benar dilalui seorang pendaki tegar, Aron Ralston, yang terperangkap selama 127 jam di sebuah kawasan pergunungan. Malang tidak berbau, ketika melakukan aktiviti kegemarannya, Ralston tergelincir seterusnya tersepit di celah lurah sempit. Pelbagai cara dilakukan untuk melepaskan tangannya dari himpitan batu namun segala usahanya tidak mendatangkan hasil, sehingga dia nekad mencederakan diri sendiri.

Dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku, Boyle bijak menyelami perasaan takut yang dialami Ralston, secara tidak langsung membuatkan penonton turut rasa berdebar. Penonton pasti akan menutup mata apabila tiba babak menyaksikan Ralston melakukan sesuatu yang ‘gila’ ke atas dirinya, demi memboloskan diri.

Begitu juga paparan keperitan dialami pengembara ini sepanjang tersepit di celah rekahan terbabit. Sumber air dan makanan terhad membuatkan lelaki ini terpaksa meminum air kencingnya sendiri. Memang menggelikan, tetapi inilah antara satu cara membolehkan dia untuk terus hidup.

Penantian itu suatu penyeksaan. Itulah yang dirasakan pendaki tegar ini, yang menunggu seseorang datang menyelamatkannya walaupun dia tahu kemungkinan itu agak tipis. Keresahan itu pula mampu ditonjolkan Franco dengan cukup baik, yang mengajak penonton merasai sama keperitan dilalui.

Penonton juga akan kagum dengan semangat Ralston, yang nyata tidak mudah berputus asa dalam hidup. Semangat itulah yang ingin diserlahkan Boyle dalam filem terbaru arahannya ini.

Tonton Trailer Filem 127 Hours:

Bila? Hari Ahad ini, 13 Mac 2011, Jam 1.30 tengahari

Waktu Tayangan: 2 petang

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 119 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

127 Hours

127 Hours

127 Hours

127 Hours

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rusdi Ramli & Iqram Dinzly dalam JIMAN

Neelofa dalam Drama Bersiri KASIH NAJIHAH di TV9