in , ,

Moratorium 6 Bulan & i-Citra, Ini Inisiatif Lain PEMULIH Yang Diumumkan PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menerusi satu Perutusan Khas telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) iaitu program bantuan khas yang bernilai RM150 Bilion untuk rakyat Malaysia yang terkesan.

Berlandaskan 3 matlamat utama iaitu ‘Teruskan Agenda Prihatin Rakyat, Sokong Perniagaan dan Tingkatkan Vaksinasi’ di bawah kami kongsikan beberapa inisiatif Pemulih yang seusai untuk orang awam seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri :

Moratorium 6 Bulan & i-Citra

BPR Tambahan PEMERKASA+ yang diumumkan kerajaan untuk Bulan Julai akan mula dibayar bermula esok, 29 Jun 2021.

BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara 100 hingga 1,400 ringgit yang diumumkan sebelum ini juga akan dibayar pada bulan September nanti. 

Ia termasuk bayaran ke atas kes- kes lulus rayuan BPR.

PEMULIH: i-Citra – Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5000. Pengeluaran RM1000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Bagi permohonan ini, anda hanya perlu memohon dengan bank anda mulai 7 Julai 2021 dan kelulusan akan diberikan secara automatik. dimana tiada semakan tentang pemotongan gaji, kehilangan pekerjaan, dan tiada dokumentasi yang perlu dikemukakan.

“KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.”

– Perdana Menteri

Moratorium 6 Bulan & i-Citra

i-Citra KWSP

“Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan” – PM

Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5,000. Pengeluaran RM1,000 sebulan selama 5 bulan bermula Ogos.Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP bermula 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Moratorium 6 Bulan & i-Citra

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

Moratorium 6 Bulan & i-Citra

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021

MORATORIUM automatik 6 bulan juga ditawarkan tanpa syarat dan semakan bermula Julai untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama RATU TEN PIN Lakonan Elisya Sandha, Syaidatul Afifah & Fify Azmi

Penyanyi Cilik Angelica Petra Tampil Dengan Lagu SELAMANYA BERSAMA Bersama Mark Adam