in

Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013

MOJO telah menempa nama untuk dirinya dalam pasaran Asia melalui pencapaian mereka di edisi ketiga majlis Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF 2013), yang telah diadakan baru-baru ini pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 bertempat di Hong Kong Convention dan Exhibition Centre (HKCEC). Tema bagi festival tahun ketiga ini adalah “Muzik dalam Satu Asia”.

MOJO MENYINAR DI HKAMF 2013

[dropcap]F[/dropcap]estival muzik tahunan ini adalah sebuah acara muzik Asia serantau yang dianjurkan oleh International Federation of the Phonographic Industry (Hong Kong Group) yang terdiri daripada sebuah persembahan muzik dan Pertandingan Asian Super Nova oleh artis-artis yang mewakili 7 rantau Asia, bersama sebuah forum perniagaan “The New Era of Asian Music”, yang diadakan untuk membincangkan maklumat terkini dan teknologi dengan rakan-rakan dalam industri.

Peserta bagi pertandingan Asian Super Nova dicalonkan oleh penggiat industri dari China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea, Singapura dan Malaysia, dan mesti mempunyai rekod yang dikeluarkan dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Pertandingan ini diadili oleh Panel Pengadil yang terdiri daripada 7 orang, setiap satu dari mereka ialah selebriti antarabangsa terkenal dari 7 negara dan wilayah yang mengambil bahagian.

Tahun ini, peserta pertandingan ialah MIC dari Tanah Besar China, Sita Chan dari Hong Kong, Henry Tseng dari Taiwan, BREATHE dari Jepun, Andamiro dari Korea, MICappella dari Singapura dan MOJO dari Malaysia. MOJO, sebuah kumpulan di bawah KRU Muzik telah dicalonkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) untuk bersaing tahun ini, berdasarkan kemenangan dalam kategori Artis Baru Terbaik dalam edisi ke-19 Anugerah Industri Muzik (AIM) pada bulan November tahun lepas, yang telah dianjurkan oleh RIM.

Mojo

Peserta untuk pertandingan dari Malaysia yang telah dihantar ke Hong Kong sebelum ini berdasarkan kriteria yang serupa ialah Bunkface pada tahun 2011 dan Projek Pistol pada tahun 2012, kedua-dua mereka telah tersenarai dalam lima calon teratas bagi kategori Artis Baru Terbaik dalam AIM yang lalu.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada MOJO di atas kemenangan terbaru mereka dan pencapaian antarabangsa yang sangat penting di Hong Kong ini. RIM telah mencalonkan artis-artis tempatan untuk mengambil bahagian dalam acara-acara antarabangsa di luar negara sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan industri muzik secara keseluruhannya.

Kami amat gembira bahawa bakat Malaysia masih terus berjaya di luar negara dan mampu untuk mempamerkan jenama mereka muzik di arena antarabangsa. RIM, sebagai salah satu organisasi utama industri muzik di Malaysia akan terus menyokong artis tempatan dengan menghantar lebih banyak artis dan bakat-bakat tempatan ke festival muzik luar negara seperti MIDEM seperti yang telah kami lakukan pada bulan Januari 2013 dengan sokongan kerajaan Malaysia.” kata Ramani Ramalingam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif RIM.

MOJO yang terdiri daripada empat pemuzik berpengalaman dengan Aweera sebagai vokal utama, Edry sebagai pemain synthesizer, Deny sebagai pemain gitar dan Johar sebagai pemain dram telah memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik HKAMF melalui persembahan lagu hit mereka, “Andai KuBercinta Lagi “.

Lagu ini jugalah yang telah memenangi mereka anugerah untuk kategori Artis Baru Terbaik pada AIM19 yang lepas. Kumpulan ini memperkenalkan era baru muzik rock tanahair berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen dan Led Zeppelin.

Aweera berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada RIM di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk mempamerkan muzik dan bakat di luar Malaysia. Terima kasih juga kepada orang-orang dari seluruh Asia seperti Hong Kong, China, Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura kerana dapat menerima muzik kami. Kami amat gembira bahawa walaupun kita menyanyikan sebuah lagu Melayu, tetapi persembahan kami dapat diterima dengan baik dan dihargai oleh hakim-hakim dan penonton-penonton antarabangsa.”

Hanya 3 peserta lain yang layak untuk mara ke pusingan kedua, iaitu MIC, Andamiro dan MOJO. MIC dari China telah memenangi Anugerah Asian Super Nova, dengan MOJO mencapai tempat kedua.

Untuk maklumat lanjut tentang RIM, sila layari www.rim.org.my. Untuk maklumat mengenai HKAMF, sila layari www.hkamf.org.

Mojo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Diari Kampus Biru Lakonan Tomok & Fita Angela

Larian Amal Feel Good Run 2013