in ,

Mohon Pengeluaran i-Sinar, Golongan T20 Rancang Guna Beli Saham & Emas

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian (UCSI), hampir separuh golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakan simpanan mereka untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Malah, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahuAn.

“Menariknya pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar terutama golongan T20 meskipun, dalam keadaan sukar dengan pandemik Covid-19, masih ada yang melihat peluang dan bertindak,” menurut pusat penyelidikan berkenaan dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut pusat kajian tersebut, golongan B40 dan M40 juga turut terlibat tetapi, ianya adalah untuk membayar balik pinjaman mereka. Dan, golongan ini pula masing-masing  berusia sekitar 26 sehingga 55 tahun.

Manakala, hanya 48.6 peratus sahaja yang menggunakan wang pengeluaran tersebut bagi tujuan membeli makanan dan barangan kelengkapan dapur.

Justeru itu, pihak UCSI memohon agar rakyat Malaysia terutamanya golongan ini mengkaji dan melihat sendiri komitmen mereka untuk berdepan masa-masa yang sukar terutamanya sekarang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Viral Hiasan | 17

KFC Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Dari Tumbuh-Tumbuhan

Nazim Othman | 18

Pengarah Dedah 3 Deleted Scene TAKDIR YANG TERTULIS Yang Takkan Dipaparkan Di Kaca TV