in ,

KFC Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Dari Tumbuh-Tumbuhan

Sejak dua tahun kebelakangan ini teknologi menghasilkan daging dari tumbuh-tumbuhan mula mendapat perhatian ramai.

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat teknologi pemprosesan makanan semakin berevolusi dengan penghasilan daging ayam, lembu dan kambing berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Phuture Foods dari Malaysia misalnya menghasilkan daging kambing, ayam dan khinzik sintetik yang diperbuat daripada sayur-sayuran. Di Malaysia era makanan segera dengan daging sayur-sayuran ini mungkin akan bermula minggu hadapan.

KFC Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Dari Tumbuh-Tumbuhan

Imej acah untuk KFC Zero Chicken Burger telahpun tertiris ke arena web dengan jualan akan dibuka pada 9 Februari hadapan. Berdasarkan maklumat menu yang diberikan, Zero Chicken Burger akan menggunakan daging diperbuat daripada sayur-sayuran sepenuhnya.

KFC Malaysia Dijangka Menawarkan Burger Daging Ayam Dari Tumbuh-Tumbuhan

Sungguhpun begitu ia masih lagi belum mesra insan mayur dan vegan kerana dimasak bersama daging sebenar di restoran. Sekiranya imej acah ini terbukti benar, KFC Malaysia mengikuti langkah KFC SIngapura yang mula menawarkan Zero Chicken Burger bulan lalu.

Mengikut gambar tertiris untuk menu KFC Zero Chicken Burger, ia dijangka ditawarkan pada harga RM12.99 untuk burger sahaja ataupun RM15.99 untuk set. Adakah anda sudah bersedia untuk dunia daging yang sebenarnya daripada sayur?

*Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Sering Terima Panggilan Dari Wanita, Tapi Saya Bagi Isteri Yang Jawab,” – Edika Yusof

Mohon Pengeluaran i-Sinar, Golongan T20 Rancang Guna Beli Saham & Emas