in

Mitsubishi ASX Designer Edition Sentuhan Elegan dari Rizalman

Lewat petang semalam, jam 6.30 petang, Budiey sempat menghadiri Pelancaran model kenderaan pacuan empat roda (4WD) ASX Edisi Pereka – Mitsubishi ASX Designer Edition anjuran sebuah pengeluar kereta terkemuka Mitsubishi Motor Malaysia Sdn. Bhd. Melangkah ke Maison Franchaise yang menjadi lokasi pelancaran ini, Budiey dapat saksikan sesuatu yang cukup eksklusif dan mewah. Fuh, bayangkan kereta Mitsubishi ASX Designer Edition ini hanya dikeluarkan sebanyak 180 unit sahaja. Nama pun edisi terhad, jadi pengeluaran pun memang eksklusif, ye dak?

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Launch-668-630X417

Di pelancaran ini, Budiey sempat bertemu dengan pereka fesyen Rizalman secara face to face dan sempat berbual panjang juga dengan beliau. Lama betul tak jumpa Rizalman ni, jadi banyaklah cerita. Ternyata, Budiey sendiri sangat berbangga dengan Rizalman di atas pencapaian beliau. Bukan apa, tak ramai pereka fesyen yang dapat peluang keemasan seperti ini. Jadi, di sini Budiey ingin ucapkan jutaan tahniah buat Rizalman di atas kejayaan ini. Sesuatu yang patut dibanggakan.

Peminat kereta seluruh Malaysia pastinya tertanya-tanya, apakah kaitannya Mitsubishi ASX Designer Edition ini dengan pereka fesyen Rizalman? Yelah, biasanya pereka fesyen hanya terlibat dalam rekaan baju atau pakaian sahaja.

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-A-850X637

Terus terang, Budiey rasakan Mitsubishi ASX Designer Edition dihasilkan bagi memenuhi permintaan individu yang mahukan sesuatu yang eksklusif. Bersesuaian dengan zaman kini yang mementingkan gaya, Mitsubishi memilih untuk bekerjasama dengan pereka terkenal, Rizalman Ibrahim, Mitsubishi ASX Designer Edition tampil dengan gaya yang penuh elegan dan tersendiri. Memang Budiey sendiri takjub dengan rekaan kereta ini. Rasa berminat pula nak beli sebuah… memang menarik.

Tahniah juga Budiey ucapkan kepada pengeluar kereta Mitsubishi Motors Malaysia kerana telah mencipta sejarah dalam industri permotoran tempatan dengan pelancaran model ASX Designer Edition khusus untuk pasaran Malaysia. Pasti ramai yang nak beli sebab ramai yang berebut-rebut nak memilikinya.

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-G-850X567

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tetsuya Oda berkata, ASX edisi baharu itu menampilkan rekaan eksklusif bagi penggemar yang inginkan kelainan serta keunikan tersendiri.

“Kerjasama unik di antara MMM dan Rizalman bukan bererti untuk mengubah asas model ASX sedia ada, namun ia bertindak sebagai satu daripada cara menjadikannya tambah menarik dan lebih menonjol berbanding pesaingnya.”

Oda berkata, ASX telah terbukti menjadi ‘hit’ dalam kalangan pengguna di Malaysia dengan reka bentuk yang menarik, harga yang kompetitif serta dilengkapi ciri-ciri premium terkemuka.

“Kenderaan utiliti sport (SUV) kompak yang bergaya ini telah meraih kedudukan tiga tempat teratas bagi jualan SUV terbaik dalam segmennya, dengan 13 peratus penguasaan pasaran, ini secara tidak langsung menggambarkan rakyat Malaysia sememangnya tertawan dengan penampilan dan kehebatan ASX.”

Sementara itu menurut Rizalman, kerjasama dengan MMM merupakan satu peluang keemasan dan beliau berbangga terpilih sebagai pereka bagi ASX edisi terhad ini.

“Semasa saya dan pasukan bekerja keras menghasilkan rekaan bagi ASX enam bulan lalu, kami merasakan ASX merupakan sebuah kenderaan yang ‘kacak’,dan saiznya juga tidak terlalu besar.”

ASX Edisi Pereka menampilkan hiasan dalaman yang elegan dan tempat duduk berwarna kelabu diperbuat daripada kulit dengan sedikit sentuhan jalur berwarna warna kuning.

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-B-850X637

Apa Yang Menariknya Kereta Mitsubishi ASX Designer Edition Ini?

Hanya bagi varian 4WD dan berwarna Titatnium Grey, Mitsubishi ASX Designer Edition ini juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci bagi menampakkan ciri-ciri yang penuh agresif. Di samping itu, imej sporty lebih terserlah menerusi jaluran berwarna matte grey pada kerangkanya daripada bahagian bonet sehingga ke pintu belakang. Malah ia turut menonjolkan lagi sisi penuh bergaya bagi ASX ini.

Selain itu, antena dari jenis bee-sting telah digantikan dengan antena sirip jerung untuk menampilkan imej yang lebih kemas, lebih banyak garisan aerodinamik pada bahagian bumbung, penampilan spoiler belakang yang lebih besar yang disambung pada lampu brek ketiga, serta kekemasa krom gelap pada bahagian ekzos.

Bagi rekaan dalaman pula, sedikit makeover telah dilakukan dengan menampilkan warna kombinasi baharu bagi tempat duduk balutan kulit. Warna kuning dan kelabu menjadi pilihan bagi memberikan sentuhan tersendiri buat ASX ini. Manakala bayangan berwarna kuning turut menambahkan lagi elemen kontras yang mampu memberikan keceriaan pada ruang dalaman.

Bukan itu sahaja, Mitsubishi ASX Designer Edition ini juga menampilkan tombol gear balutan kulit berwarna kelabu dan kuning secara eksklusif. Ia sangat secocok dengan penampilan warna yang sama bagi tempat duduk balutan kulit tersebut.

Mitsubishi ASX Designer Edition juga menampilkan ciri-ciri yang lebih ekslusif dengan penggunaan material kulit pada panel pintu dan perehat tangan bersama kekemasan kilauan pada panel pintu dan perehat tangan. Karpet lantai juga ada tertera logo Designer Edition.

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-671-850X563

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Osa:

“Model kompak SUV ASX ini telah banyak menambat hati rakyat Malaysia sejak ia dilancarkan pada Februari tahun ini. Maka, kami ingin menawarkan sesuatu yang lebih istimewa dan unik untuk para pelanngan kami. Justeru, pemilihan untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkemuka Malaysia, Rizalman Ibrahim, bagi mencipta imej yang unik bagi edisi terhad ASX ini dilihat bertepatan. Ia menampilkan sentuhan yang lebih estetik dan dan eksklusif.”

“Saya merasakan untuk menghasilkan sebuah SUV yang bergaya perlu dengan saiz yang tepat. Warna pembayang kelabu yang digunakan bagi model edisi terhad ini mewakili kekuatan dan kemantapan ASX. Malah ia juga sangat sesuai untuk apa jua jenis jalan termasuk off-road. Kami memperkenalkan warna kuning sebagai elemen yang kontras dan menceriakan, terutamanya pada bahagian dalaman,” ujar Rizalman Ibrahim yang berpengalaman sebagai pereka fesyen sejak tahun 1994.

Model ASX Designer Edition ini dijuan pada harga RM131,801.50 (harga atas jalan tanpa insurans). Elemen standard yang ada pada varian ini termasuklah bumbung panoramik dengan pencahayaan LED, pedal penukar gear, sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin serta lapisan cermin keselamatan. Bagi Designer Edition, terdapat pertambahan elemen seperti unit Navigasi Multimedia dengan skrin paparan sesentuh bersaiz lapan inci.

ASX merupakan kenderaan pertama Mitsubishi yang dipasang secara CKD di Malaysia. Ia dijanakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter dengan kuasa maksimum 150 PS dan tork 197 NM. Selain varian 4WD, ASX turut mempunyai pilihan model 2WD dengan enjin yang sama.

Aspek keselamatan yang ditampilkan termasuklah tiga beg udara, ABS dan EBD. Manakala sistem keselamatan tambahan buat varian 4WD ialah Sistem Kawalan Semua Roda Mitsubishi, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC) dan Hill Start Assist (HSA).

Untuk ASX 4WD, ia berharga RM128,879.50, manakala varian 2WD pula RM114,743.50 (kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans). Ia tampil dengan pilihan warna seperti Black Mica, Titanium Grey, Cool Silver dan Solid White. Pembelian ASX turut didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa perbatuan terhad dan dua tahun penyelenggaraan percuma.

Untuk info lancet, silk layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau LIKE di Facebook https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia

Antara gambar-gambar kereta Mitsubishi ASX Designer Edition dari Blog Paultan.

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-669-850X563

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-672-850X563

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-673-850X563

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-C-850X566

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-D-850X557

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-E-850X567

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Official-F-850X567

Mitsubishi-Asx-Designer-Edition-Final-665-850X563

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi West End’s Les Miserables Bakal Perform di Istana Budaya

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa Kolkata