in , ,

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa Kolkata

Ditubuhkan pada tahun 1995, festival tahun ini akan berlangsung dari 10-17 November dan akan dihadiri oleh pelakon ternama dari India termasuk Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Jaya Bachan, Abishek Bachan, Aishwarya Rai, Deepika Padukone dan Irrfan Khan.

Lelaki Harapan Dunia (judul Inggeris ‘Men Who Save The World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat telah dipilih dalam kategori Asian Select, bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema).

Tayangan perdana dunia untuk Lelaki Harapan Dunia ialah di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014. Pada bulan September 2014, tayangan perdana di Amerika Utara ialah di Festival Filem Antarabangsa Toronto, diikuti oleh tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun di mana ia telah dipilih untuk pertandingan utama.

Dalam bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33. dan Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 yang merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia.

Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.

Filem ini membariskan pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak pada 27 November 2014.

Ikuti berita-berita terkini tentang filem ini dengan melanggani laman www.facebook.com/lelakiharapandunia

Local LHD Poster (W-O Credit Block)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mitsubishi ASX Designer Edition Sentuhan Elegan dari Rizalman

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2014