in , ,

LoveLove WinWin CuteCute OMG!OMG! SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA!

Kembali Meriahkan Industri dengan Lagu Balada, Naim Daniel Lancar Single PURNAMA

Selepas kejayaan berturut-turut lagu ‘Sembah’ dari Naim Daniel pada Februari yang lalu iaitu menjadi juara carta mingguan di Muzik Muzik, ERA dan berjaya merangkul 2 anugerah dalam 2020 Mid Year JOOX Music Awards, Naim terus aktif dalam pembikinan lagu.

Baru-baru ini Naim telah berkolaborasi bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli dengan single bertajuk ‘Lara’ yang dapat menduduki #2 trending di Youtube dan kini menduduki #3 dalam Carta Malaysia 50 di Spotify.

Terkini, Naim kembali lagi dengan lagu ‘Purnama’ yang bergenre balada hasil ciptaan dari Amzar Razqa, Hanis Rafi dan Omar K. Amzar iaitu penulis lirik dan komposer ‘Purnama’ berkata,

Salah seorang teman rapat saya yang mencadangkan saya untuk memberikan lagu ini kepada Naim kerana Naim adalah penyanyi yang sesuai dan terbaik buat lagu Purnama ini.”

– Naim Daniel

Bagi lagu ‘Purnama’ ini, World Peace Entertainment telah menampilkan Music Video yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami tekanan emosi dan mental setelah kehilangan seseorang yang dia kasihi. Music Video ini boleh mula ditonton pada 27 November 2020 di Youtube World Peace Entertainment.

Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel, lagu ‘Purnama’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, JOOX dan lain-lain.

LIRIK LAGU PURNAMA – NAIM DANIEL

Tajuk: Purnama
Artis: Naim Daniel
Komposer & Penulis Lirik: Amzar Razqa Penyusun: Hanis Rafi & Omar K Penerbit: MyPopMachine
Flute: Mohar
Mixing & Mastering: Audi Mok

(Verse)

Tak terungkap kata Menyedari masa
Kemana pergi nya dia
Jika ditakdirkan begini rasanya Terpaksa aku terima

Gantikan la jika ini yang terbaik buatmu Ku relakan ikhlas nya

(Chorus)

Ku rindu kan Purnamaku
Doa ku kan bersamamu
Semoga hatimu kan kekal abadi
Terhadap diriku
Tuhan ku mohon jaga
Dia tanpa ada noktah
Tuhan ku mohon kuatkan hatinya selamanya

Aku perlu dia
Ku rindu Purnamaku
Dan ku masih begitu Andai ini takdir nya Tuhan ku mohon padamu kuatkan la hati nya

(Chorus)

What do you think?

32 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Misi Pencarian Hos Live Streamer Terbaik Oleh Datuk Aznil Nawawi Kini Bermula

Tiada Masalah Kesihatan Kronik, Pemergian Komposer A.Ali Sangat Mengejutkan