in

Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM Lakonan Rita Rudaini & Aqasha

Seorang ibu dan isteri semestinya mahukan yang terbaik untuk keluarga. Pelbagai usaha yang dilakukan sama ada tersurat atau tersirat bagi membantu suami menguruskan rumah tangga tanpa mengira sihat atau sakit, hujan atau panas. Baginya, apalah sekadar penat lelah asalkan dapat melihat suami serta anak-anak mengukir senyuman di wajah mereka.

Berkonsepkan kekeluargaan dan percintaan, Misi Laksa dan Laksam merupakan drama terbaharu keluaran Zeel Production Sdn. Bhd yang bakal disiarkan dalam Slot Dahlia TV3. Berdurasi 60 minit, drama yang membariskan pelakon-pelakon popular ini pasti menggamit perasaan penggemar drama melayu.

Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Misi Laksa dan Laksam adalah Rita Rudaini, Aqasha, Raysha Rizrose, pelakon cilik Wan Umar Harith serta Farzana Latiff. Bakal ditayangkan pada setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.58 petang bermula 4 November, drama bersiri ini akan membuka mata penonton agar menghargai antara satu sama lain terutamanya keluarga.

Fiza (Rita Rudaini) disahkan mengidap kanser payudara tahap tiga. Walaupun sudah beberapa kali menjalani kimoterapi dan pembedahan, Ibu kepada dua anak ini masih gigih menjalani kehidupan seharian dek semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat suaminya, Hakimy (Aqasha) dan dua orang cahaya mata, Iskandar (Wan Umar Harith) dan Fea (Farzana Latiff). Mengetahui yang umurnya kian singkat, Fiza berdoa setiap hari agar dia dapat mencari pengganti isteri yang baik untuk suaminya dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya kelak.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam misi pencariannya ini, namun Hakimy yang terlalu menyayanginya belum bersedia menerima pengganti Fiza. Ada beberapa calon yang dirasakan sesuai untuk Hakimy tetapi tidak berupaya menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Suhaina atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Su (Raysha Rizrose) merupakan guru di Taska yang dihadiri Fea. Seorang gadis yang sederhana, cantik serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Untuk menambah wang saku, Mek Su bekerja sebagai tutor merangkap “baby sitter” kepada Fea dan Iskandar jika Fiza menjalani rawatan di hospital. Walaupun begitu, Fiza tidak memasukkan Mek Su di dalam senarai penggantinya kerana dia kadang-kala kelihatan selekeh dan kekampungan sedikit.

Walaupun Mek Su kerap ke rumah, Hakimy tidak pernah sekali pun terserempak dengannya. Namun pada suatu hari, mereka telah bertemu dan Hakimy sedikit sebanyak menyukai Mek Su. Tambahan pula, Mek Su pandai memasak terutamanya laksam, makanan tradisional negeri Kelantan. Meskipun masakannya sedap, Hakimy tidak begitu menggemari masakan pantai timur kerana kemanisannya.

Dapatkah Fiza mencari pengganti dirinya? Sudikah Hakimy membuka sedikit ruang di hatinya untuk orang lain selain Fiza? Sama-sama kita nantikan Misi Laksa dan Laksam dalam slot Dahlia gandingan Aqasha, Rita Rudaini dan Raysha Rizrose dalam Misi Laksa dan Laksam, pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang hanya di TV3!

Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM

Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM

Drama MISI LAKSA DAN LAKSAM

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Meet & Greet Bersama WANNA ONE

Syrian Refugee Sohbi Shaker Chases the Malaysian Dream on Asia’s Got Talent