in , ,

LoveLove CuteCute WinWin OMG!OMG! SEDIHSEDIH

Betul Ke Mira Filzah Bakal Nikah dengan Wan Emir Pada Oktober 2020?

Ini pastinya satu berita yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu. apabila pelakon jelita, Mira Filzah dan kekasih hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober 2020 tahun ini.

Sejak semalam, boleh dikatakan semua portal dan blog hiburan telah pun menyiarkan berita gembira atau mungkin jugak satu berita yang tidak berapa nak happy sangat bagi sesetengah pihak. Menurut sumber, difahamkan tarikh akad nikah Mira Filzah dan Wan Emir secara tepatnya masih belum dipastikan, yang diberitakan hanya akan berlangsung pada bulan Oktober nanti. Dan setakat ini, sehingga kini, Mira Filzah dan Wan Emir masih tidak memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Dalam erti kata lain, tiada pengesahan dari mereka berdua tentang perkara ini. 

Mira Filzah

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,”

– Sumber yang dipetik dari Astro Awani
Mira Filzah

Difahamkan Wan Emir sudah menghantar rombongan merisik dan timbul desas-desus mereka bakal mengikat tali pertunangan pada September depan.

Mira Filzah
Wan Emir

Cinta hati pelakon popular itu bukan calang-calang orangnya, Wan Emir merupakan seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain. Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Sebelum ini, pada bulan Disember 2019, kecoh di sosial media apabila Mira Filzah telah bertandang ke butik pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi untuk mencuba busana pengantin. 

Selepas mendedahkan sedang berkenalan dengan seorang jejaka yang dirahsiakan identiti, ketika itu, pelakon Mira Filzah memuat naik entri di Instastories sedang melakukan sesi fitting baju pengantin di sebuah butik pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi.

Secara tidak langsung kemas kini terbabit mencetuskan tanda tanya ramai netizen, adakah pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

“Done fitting,”

– tulis Mira menerusi kemaskini terbabit.

Terdahulu, menerusi kemas kini pengurus Mira seolah-olah memberikan bayangan pelakon itu sudah bersedia untuk berumah tangga.

Mira Filzah

Di ruangan komen akaun Instagram pereka fesyen itu, netizen mula membuat spekulasi pelakon cantik kesayangan ramai itu sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagianya.

Sementara itu, pereka fesyen Rico Rinaldi enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran di butiknya untuk sesi fitting baju pengantin.

Mira Filzah

Minggu lalu, Wan Emir dikatakan telah terbuka untuk memperkenalkan kekasih hatinya itu iaitu Mira Filzah apabila telah menyiarkan satu gambar seorang perempuan misteri yang dikatakan milik pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu di post Instagram miliknya. 

Mira Filzah
Mira Filzah

Sebelum ini, Identiti Wan Emir sebagai kekasih Mira diketahui ramai apabila dia kelihatan tampil bersama Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah awal Januari lalu. 

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman yang juga Bintang Paling Popular tahun lalu dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

mira filzah & wan emir

Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali mesra bersama dan timbul pula bibit cinta.

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik. Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Mira Filzah

What do you think?

791 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tomok Main Kasar di Padang? Rakan Artis & Peminat Dedah Sikap Sebenar Tomok

Apple Store Di Seluruh Dunia Kecuali Di China Ditutup Kerana Koronavirus