in

Minggu Setiausaha Anuar Zain 2014 Lebih Gempak?

Sedar tak sedar, kita dah berada di pertengahan bulan Januari. Tak sampai tiga bulan lagi, jadual acara seni hiburan Malaysia akan dipenuhi dengan jemputan ke Minggu Setiausaha pula. Memang macam tu lah, setiap tahun, apabila tiba bulan April, hotel dan dewan-dewan besar berebut-rebut untuk booking penyanyi popular dan selebriti terkenal untuk menarik perhatian sempena Minggu Setiausaha.

[pullquote align=”right”]Nama-nama besar, seperti Anuar Zain, Datuk Sheila Majid dan Dato’ Siti Nurhaliza tak pernah lepas dari senarai penganjuran Minggu Setiausaha.[/pullquote]

Bagi sesetengah penyanyi, Minggu Setiausaha adalah seperti mini konsert yang dapat meraih kutipan keuntungan yang besar memandangkan harga tiket yang sangat mahal. Ya, inilah masanya boss mahu belanja setiausaha mereka yang bekerja keras saban tahun.

Cakap pasal Minggu Setiausaha, setakat ini, Budiey ada dengar Anuar Zain akan buat persembahan di Minggu Setiausaha di sebuah hotel terkemuka negara yang dapat memuatkan jumlah penonton seramai lebih 1,200 orang.

Dengarnya kali ini, penganjur sedang merancang dan mencari penaja untuk menganjurkan acara dengan lebih grand dengan memberikan hadiah cabutan bertuah bersama barangan produk untuk dimasukkan dalam goodie bag. Barulah yang datang berpuas hati dengan nilai wang yang diorang bayar.  Setidaknya, selain berhibur, ada cenderamata atau hadiah besar untuk dibawa pulang. Hadiah cabutan pula ada nilai memori di mana pemenang akan dibawa melancong bersama dengan penyanyi pujaan mereka. Kerlas tak? Haa, barulah best!

Budiey pun tak nafi, dalam ramai-ramai persembahan, Budiey suka dengan cara Anuar Zain berkomunikasi dan layan peminatnya di persembahan Minggu Setiausaha. Pernah sekali, Anuar Zain buat persembahan Minggu Setiausaha di tiga lokasi berbeza dalam satu tahun dan ini membuktikan Anuar Zain layak digelar Raja Minggu Setiausaha.

Semoga Anuar Zain berjaya persembahan dengan lebih gempak pada tahun ini.

Gambar Anuar Zain Di Malam Jalinan Mesra

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kyuhyun & Kangin Super Junior di KyoChon Malaysia

Awi Rafael Nafi Ada Kekasih di Jakarta