in ,

Ada Sebab MINGGU FESYEN ISLAMIK ASIA 2018 Ditangguh

PENANGGUHAN TARIKH MINGGU FESYEN ISLAMIK ASIA 2018 #AIFW2018

Minggu Fesyen Islamik Asia 2018 (#AIFW2018) yang dijadualkan berlangsung pada hari esok Khamis, 29 Mac sehingga Ahad, 1 April di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur terpaksa ditangguh kepada hujung Julai 2018 di atas sebab yang tidak boleh dielakkan.

Fuza Umar, pengasas dan individu yang bertanggungjawab di sebalik #AIFW2018 berkata,

“Kami di AIFW telah melakukan yang terbaik sehingga hampir ke persiapan peringkat akhir.

Namun sesuatu perkara berlaku di luar bidang kuasa kami menyebabkan kami terpaksa mengambil keputusan yang amat berat untuk menangguh ke hujung bulan Julai.

Keputusan ini diambil kira dari semua aspek dan mendapat kata sepakat dari semua pihak atasan yang mempunyai kepentingan di dalam organisasi Minggu Fesyen Islamik Asia. Kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap semua peserta terutama delegasi yang telah datang dari luar Malaysia.”

Minggu Fesyen Islamik Asia 2018 #AIFW2018 disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, MATRADE, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Celessence UK – pembekal terulung teknologi pengurungan mikro untuk tekstil dan percetakan industri dan rumah, Umrah Loka – revolusi percutian Islamik dengan aplikasi terkini, OIC Today, La Tulipe Cosmetic Indonesia, Pico International (M) Sdn Bhd, Cantuman Wawasan, Flytone Production dan Sama-Sama Spa dengan produk terbaru mereka iaitu pewarna kuku patuh Syariah dengan teknologi serap cecair.

Mengenai Minggu Fesyen Islamik Asia (AIFW)

Disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Minggu Fesyen Islamik Asia terdiri daripada tiga (3) elemen utama;

i. Pameran Perdagangan Fesyen
Sebuah platform rangkaian untuk mengekalkan dan menguntungkan perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik; meliputi perdangangan dan pihak umum. Dari jenama mewah sehingga trend fesyen terkini, #AIFW2018 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia.

ii. Pertunjukan Fesyen
Menampilkan trend terkini fesyen Islamik dari pereka fesyen ternama, peruncit terulung, butik dan pereka fesyen bebas. Menyaksikan koleksi yang dipersembahkan pada pertunjukan peragaan adalah kemestian.

iii. Interaksi Fesyen
Mempertingkatkan dan mengemaskini pengetahuan industri fesyen berteraskan nilai-nilai Islamik melalui ceramah interaktif oleh panel dari pelbagai bidang berkaitan fesyen dan industri dagangan.

Untuk sebarang informasi mengenai #AIFW2018, hubungi:

Asia Islamic Fashion Week Organizing Committee
Laman web: http://www.asiaislamicfashionweek.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Lancar Aplikasi Sendiri Khas Untuk Peminat Setia

EKSKLUSIF: Ferhad Rakam Single Terbaharu TABAH Menampilkan Altimet