in , ,

EKSKLUSIF: Ferhad Rakam Single Terbaharu TABAH Menampilkan Altimet

Selepas tampil dengan lagu DEFINISI CINTA, Ferhad kini sedang sibuk menghasilkan sebuah lagi single terbaru berjudul TABAH. Untuk single kali ini, Ferhad berkolaborasi bersama Omar K, Shazzy dan Ikhwan Fatanna untuk menghasilkan lagu berentak rancak pop ini bersama dengan penampilan penyanyi hip hop terkenal, Altimet.

Tanggal 26 Mac lalu, Budiey sempat menjenguk Ferhad merakam single TABAH di sebuah studio yang terletak di Kota Damansara yang mana studio ini adalah milik komposer Omar K.

Jom tonton temubual eksklusif Budiey bersama Ferhad:

Seperti mana TABAH yang menjadi judul lagu ini, ianya dah cukup melambangkan semangat untuk Ferhad terus berjuang. Ferhad mahu memberikan satu dimensi baru dalam industri muzik dengan menggalakkan kita semua berfikiran positif dan berdaya saing. Tambahan pula, lagu ini memberi makna tersendiri dalam hidup Ferhad yang mahu tampil buat comeback memeriahkan industri muzik.

Tabah Ferhad

Lagu ini bercerita tentang motivasi, kekuatan, semangat waja dan rasa ingin bangkit semula selepas kegagalan. Lagu ini diusulkan sendiri oleh Ferhad kepada Altimet dengan memberikan gambaran kasar tentang mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Tidak lama kemudian, lebih kurang sebulan selepas itu, Altimet mengatakan demo lagu ini telah pun disiapkan oleh Omar K.

Menurut bekas peserta Gegar Vaganza ini, baginya lagu ini tidak begitu mencabar dari segi teknik tapi ia cukup sukar untuk memberikan atau menyuntik ‘feel’ dan soul untuk lagu ni dalam masa yang singkat. Lagu ini Ferhad perlu memberikan feel yang kemas dan rapi serta cepat untuk memberikan kesan kepada pendengar.

Tabah Ferhad

Bekerjasama bersama Omar K, Ferhad berpendapat beliau seorang komposer muda yang berbakat besar. Ia memberikan nafas muzik baru yang lebih segar. Jika sebelum ini tampil dengan sebuah lagu Higher Deeper yang juga mempunyai mesej positif yang sama dengan TABAH, kali ini Ferhad mahu mengembalikan ingatan peminat serta mengubati kerinduan peminat untuk terus menyokong karier seni beliau.

Ferhad mengakui senang bekerjasama dengan komposer lagu TABAH ini kerana bekerja dengan generasi muda yang punya banyak idea yang segar. Ferhad mengakui beliau mengenali Omar K sudah lama dan pernah berbual tentang kerjasama untuk buat satu single.

Tidak hairan jika selepas ini, Ferhad akan bekerjasama lagi dengan Ferhad sebab sungguh positif, kerja macam bukan kerja walaupun sangat profesional dalam masa yang sama beliau rasa sangat santai, rileks semasa proses rakaman.

Mereka juga turut memberikan komen yang membina dan tidak lokek untuk berkongsi serta memberikan keyakinan kepada beliau. Itu yang membuatkan Ferhad rasa senang untuk bekerja bersama komposer Omar K dan rakan-rakannya.

Tabah Ferhad

Ferhad menambahkan elemen irama rap dalam single lagu TABAH dengan menampilkan penyanyi hip hip popular, Altimet. Bagi Ferhad, beliau memang mengidam untuk berkolaborasi bersama Altimet, bukan sahaja tengah popular, beliau juga seorang penyanyi hip hop yang berpengalaman.

Ferhad cukup respek dengan Altimet yang tidak jemu untuk mencuba dari zaman Teh Tarik Crew sehinggalah sekarang.

Tidak lama lagi, Ferhad merancang untuk merakam sebuah muzik video lagu TABAH. Lagu ini dijangka akan dilancarkan selepas hari raya nanti.

Semoga lagu ini diterima ramai dan yang paling penting mesej positif yang disampaikan dapat memberikan kesan kepada pendengar.

Tabah Ferhad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab MINGGU FESYEN ISLAMIK ASIA 2018 Ditangguh

Angan-Angan Mat Jenin Orang Gaji Dalam LABU DAN LABI