in , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH WinWin HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Sinopsis Telemovie MIMPI SABRINA Lakonan Che Puan Juliana Evans

Wang.. Tidak dinafi kepentingannya tetapi wang juga boleh membutakan hati manusia.

Menerusi drama terbaharu slot Samarinda dan Lestary, iaitu Mimpi Sabrina dan Semua Salahku yang akan mula bersiaran 11 Julai ini, kedua-dua drama ini bakal berkisarkan mengenai ketamakan manusia dalam mengejar kekayaan sehingga cinta dikhianati, kasih pada keluarga tidak lagi dipeduli. 

Semua Salahku yang akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat 9.00 malam menampilkan Nafiz Muaz yang akan bergandingan bersama dramatis hebat Fasha Sandha dan Fauziah Nawi. Manakala, Mimpi Sabrina menampilkan Che Puan Juliana Evans, Erwin Dawson dan Josiah Hogan selaku teraju utama drama yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Mimpi Sabrina

Kekasih Lama Tagih Cinta Che Puan Juliana Evans

Bagi anda yang merindui lakonan Che Puan Juliana Evans, drama terbaharu di slot Samarinda iaitu Mimpi Sabrina bakal menampilkan beliau selaku teraju utama yang bergandingan bersama Erwin Dawson serta Josiah Hogan mulai 11 Julai ini! Drama terbitan Radius One Sdn Bhd arahan Nizam Zakaria ini turut menampilkan pelakon lain seperti Tasha Shilla, Amy Mastura, Roy Azman, Ako Mustapha, Marisa Yasmin dan Hamidah Wahab.

Mimpi Sabrina mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina (Che Puan Juliana Evans) anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu disebabkan kekuatan cinta yang kukuh hubungan mereka tetap terjalin sehinggalah akhirnya berkubur begitu sahaja apabila Fahrin dipenjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Sejak itu mereka dipisahkan. Fahrin dipenjarakan atas tuduhan cubaan merompak, manakala Sabrina pula dinikahkan dengan Ridhuan (Josiah Hogan) sepupunya sendiri demi menyelamatkan perniagaan ayahnya yang sedang mengalami masalah. Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang berkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu semula tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina sebagai jurugambar yang terkenal, manakala Fahrin pula muncul sebagai usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. Ridhuan yang kecewa dengan Sabrina kerana tidak memberikan cinta kepadanya, kembali kepada bekas kekasihnya Farah (Tasha Shilla), yang juga seorang model terkenal. Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius.

Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula.

Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan? Jangan lupa untuk mengikuti drama Mimpi Sabrina setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. 

Telemovie MIMPI SABRINA
Telemovie MIMPI SABRINA
Telemovie MIMPI SABRINA
Telemovie MIMPI SABRINA

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie SEMUA SALAHKU Lakonan Fasha Sandha

Foto Unik Stacy Tampil Bak Puteri di Dunia Fantasi Sempena Pelancaran Single KHAYAL