in , ,

Foto Unik Stacy Tampil Bak Puteri di Dunia Fantasi Sempena Pelancaran Single KHAYAL

Penyanyi wanita terkenal tanahair, Stacy bukanlah suatu nama yang asing di Malaysia. Seawal kemunculannya, pemilik nama sebenar Ummu Shaikhah Stacy Anam ini berjaya mewarnai industri muzik tanahair dengan bakatnya yang luarbiasa.

Penyanyi yang diberi jolokan Ratu Tari Malaysia ini, dikenali umum dengan vokalnya yang mantap, persembahannya yang bertenaga, keunggulannya dalam menerajui genre pop dansa dan keupayaannya membawa lagu berkonsepkan balada dan pop rock menjadikan Stacy antara bintang yang paling versatil di Malaysia. Walau apa pun jenis muzik yang dibawanya, karya dendangan Stacy pasti menjadi lagu hit siulan ramai. Kali terakhir muncul dengan single ‘Raja’ pada tahun lepas, kali ini bintang berusia 29 tahun ini kembali dengan karya terbarunya, KHAYAL.

KHAYALSTACY

KHAYAL – Sebuah Karya Istimewa Stacy 

Lagu bergenre pop EDM ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin. Meskipun “Khayal” masih berpaksikan muzik pop dansa, namun lagu ini tetap membawakan kelainan dari sudut susunan muzik yang disuntik elemen ‘trap music’ dan alunan melodi ‘EDM synth’ memberikan bunyi unik kepada lagu ini.

Mengulas tentang kelainan lagu ini berbanding lagu-lagu berentak rancaknya sebelum ini, Stacy berkata,

Kelainan yang paling ketara dalam lagu ini adalah persembahan vokal dan penghayatan saya.

Kali ini, persembahan vokal saya lebih memberikan penekanan kepada ‘feel’ feminin dan beremosi,”

– Stacy
KHAYALSTACY

Senikata “Khayal” merupakan hasil tulisan Stacy sendiri yang berkarya di  bawah nama pena Bunga Cantik.

Lirik yang mengambil inspirasi daripada kisah diri Stacy sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi di kala waktu dirinya sukar melelapkan mata di waktu malam.

KHAYALSTACY

Mengulas tentang maksud lagu ini, Stacy berkata,  

Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti.

Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.

Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara yang sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai ‘escapism’ untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,”

– Stacy

Isteri kepada penyanyi terkenal Akim Ahmad ini juga sejak kebelakangan ini seringkali menggunakan tanda pagar #SampaiKeBulan dalam hantarannya di sosial media.

Dalam lirik Khayal ini saya ada menulis tentang ‘biar cinta sampai ke bulan’. Sebenarnya saya tulis khas bait lirik ini untuk menggambarkan betapa besarnya cinta saya kepada keluarga kecil saya dan betapa utuhnya ikatan kami sekeluarga yang akan tetap selalu menjalani kehidupan bersama walau susah atau senang,”

– Stacy

“Khayal” merupakan lirik kedua tulisan Stacy selepas mencuri perhatian sebagai penulis lirik menerusi lagu hit “Rampas” yang dipopularkan oleh kumpulan Akim & The Majistret.

Pertama kali menyampaikan sendiri karya ciptaan dan tulisannya, Stacy menyifatkan lagu “Khayal”sebagai karya yang paling istimewa buat dirinya dan Stacy turut melafazkan rasa syukur kerana mendapat tunjuk ajar dan dorongan suami tercinta dalam meningkatkan lagi potensi dirinya.

Saya amat berterima kasih kepada suami saya iaitu Akim @ Hang Nadim kerana selalu memberi dorongan dan sokongan dalam menghasilkan sesebuah lagu dan menjadi mentor untuk saya dalam berkarya.

Akim sentiasa berkongsi ilmu supaya saya lebih faham tentang cara penghasilan sebuah lagu dan sekaligus menggunakan pengalaman 11 tahun saya dalam karier seni bagi menghasilkan lagu “Khayal” ini,”

– Stacy
KHAYALSTACY

Stacy mula mencipta nama sejak menjuarai program realiti Akademi Fantasia musim ke-6 pada tahun 2008. 

Lebih istimewa lagi,“Khayal” merupakan singlepertama terbitan Stacy sendiri menerusi syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR) miliknya dan suami dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai rakan usahasama dan pengedar. Stacy yang teruja dengan penerbitan lagu “Khayal”ini berkata,

Buat pertama kalinya, single baru saya diterbitkan oleh syarikat milik kami sendiri.

Menerusi RnR, kami bebas menentukan hala tuju muzik dan kerjaya seni kami. Berbekalkan kreativiti dan imaginasi kami, RnR cuba menghasilkan karya seperti “Khayal” ini yang mengikut citarasa muzik kami yang tersendiri.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Nova Music Malaysia yang sudi berkerjasama dengan kami dan banyak menyumbang dalam penghasilan lagu “Khayal” ini.”

– Stacy

“Harapan saya agar peminat dapat terima, suka dan faham maksud lagu “Khayal” ini.

Sokongan peminat yang tidak pernah lelah banyak memberi motivasi kepada saya  untuk menghasilkan karya yang lebih baik di masa hadapan,

– Stacy
KHAYALSTACY

Ujar Stacy yang tidak sabar menanti reaksi peminat apabila buah tangan terbarunya ini dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 12 JULAI 2019.

Sempena pelancaran singleterbaru Stacy berjudul “Khayal” ini, Stacy menawarkan peluang buat peminat untuk memenangi sebuah telefon bimbit terbaru Samsung S10 dengan mengstrim lagu “Khayal”di Spotify.

Untuk menyertai peraduan ini, peminat perlu merakam video mereka sedang mengstrim lagu “Khayal”di Spotify dan kongsi video tersebut menerusi Instagram Story mereka dan tag Stacy dan Nova Music.

Stacy akan memilih pemenang bertuah secara rambang. Jadi peminat digalakkan mengstrim lagu “Khayal”di Spotify sekerap mungkin dan menghantar penyertaan sebanyak mungkin. Tarikh tutup peraduan ialah 9 OGOS 2019. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Instagram @stacyanamdan @novamusicmy.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie MIMPI SABRINA Lakonan Che Puan Juliana Evans

Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menonton Filem Komedi GENG