in ,

Kecoh Frontliner Turun Pusat Kuarantin Buat CPR, Sayu Akhirnya Dijemput Ajal

Sejak akhir-akhir ini, jumlah jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan apabila cecah lebih angka 6 ribu setiap hari. Malah, pusat-pusat kuarantin serta Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara juga dikhabarkan telah sesak.

Terbaru, viral di laman TikTok mengenai rakaman cemas seorang penghuni pusat kuarantin di MAEPS, Serdang yang terpaksa diberi rawatan CPR. Difahamkan individu terbabit dalam keadaan baik seperti penghuni lain, namun tiba-tiba mengalami sesak nafas. Justeru, beberapa frontliners yang bertugas di sana terus memberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Kecoh Frontliner Turun Pusat Kuarantin Buat Cpr, Sayu Akhirnya Dijemput Ajal

Kejadian cemas terbabit sekali gus mengejutkan kebanyakan penghuni pusat kuarantin berkenaan. Dalam rakaman berdurasi kurang 3o saat tersebut, masing-masing kelihatan seperti terkilan tatkala menyaksikan frontliners berjuang menyelamatkannya.

Namun begitu, lelaki terbabit gagal diselamatkan & hembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian.

Di Twitter, seorang gadis tampil mengesahkan kematian individu berkenaan yang merupakan bapa saudaranya.

Kecoh Frontliner Turun Pusat Kuarantin Buat Cpr, Sayu Akhirnya Dijemput Ajal

Allahyarham Abdul Malik sebelum itu mengalami batuk-batuk namun tidak serius. Walau bagaimanapun pada hari kejadian, semua panggilan daripada ahli keluarga langsung tidak berjawab sebelum mereka dikhabarkan berita pilu tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mimi Lana 2020 | 17

Mimi Lana Tolak Tawaran Dior Tanda Sokongan Terhadap Bella Hadid & Demi Solidariti Palestin

Michael Ang | 18

Michael Ang Tawar RM500 Seorang Buat 10 Individu Yang Lakukan Self Lockdown