in , ,

Akhirnya Mimi Fly Mengakui Sedang Bercinta Dengan Jejaka Kulit Hitam

Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam.

Memetik Kosmo! Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham berkata dia sudah menjalin hubungan dengan jejaka itu sejak dua tahun lalu dan kekasihnya itu merupakan seorang doktor.

“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.

“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri dan berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, jadilah. Dipendekkan cerita, waktu pertama kali jumpanya, saya macam terus terpaut hati dan energi yang sama turut lahir darinya,” katanya.

Mimifly

Tidak terlalu memperincikan mengenai hubungan tersebut, Mimi berharap agar dipertemukan dengan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya. Ujarnya lagi, dia tidak rasa takut berkawan dengan lelaki kulit hitam.

“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” ujarnya.

Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naarabelle Facespa

Naarabelle Facespa Mahu Merawat 100,000 Wajah Tahun Ini

Maxis Trending | 21

Jualan Riang Raya Maxis Tawar Pilihan Peranti Luas & Promosi Yang Menarik