in

Mila Lancar Produk Kecantikan LUVMILA

Pada 31 Mac 2009, Mila telah melancarkan produk kecantikannya itu di Catering, Wisma PKPS, Shah Alam pada jam 2 petang. Sempena pelancaran ini, Mila juga akan meraikan peminatnya yang telah banyak menyokong karier tersebut.

Mila mengorak langkah ke depan dengan menubuhkan sebuah syarikat berlabelkan LUVMILA Corporation Sdn Bhd. Syarikat itu akan memasarkan produk kecantikan LUVMILA yang diilhamkan sendiri oleh Mila. Tujuannya adalah untuk membalas jasa baik peminat Mila yang selama ini menyokongnya. Dengan ada syarikat ini, Mila dapat membantu peminat berniaga.

Pelbagai jenis produk ditawarkan di bawah jenama LUVMILA seperti penjagaan kesihatan, kulit dan kecantikan yang berasaskan bioteknologi herba dari alam semulajadi. Segala maklumat mengenai produk ini boleh diketahui melalui www.luvmila.com atau www.luvmilaproduct.blogspot.com. Info lanjut, anda boleh menghubungi talian 016-2631987 (Lembah Klang), 012-2332092 ( Zon Pantai Timur) dan 019-4430415 (Zon Utara).

KENALI PRODUK LUVMILA 

  1. LUVMILA Feminine Wash – Dirumus khusus untuk membersihkan bahagian peribadi wanita dengan bersih dan selamat kerana ia dirumus menggunakan ekstrak serta herba semulajadi seperti ekstrak serai wangi dan Kacip Fatimah untuk menambahkan lagi kesegaran.        
  2. LUVMILA Intimate Spray – Diperkenalkan dalam bentuk semburan wangi bagi memudahkan penggunaannya dan sesuai bagi golongan wanita yang sibuk dengan kerjaya.
  3. LUVMILA Honey Prune – Kaya dengan kandungan potassium dan anti-oksidan dan pengambilan seharian Honey Prune ini diakui dapat menyihatkan badan dan mengekalkan kecantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon drama Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani Jatuh Sakit

Jom Sertai Peraduan Tulis Senikata Lagu Baru Imran Ajmain