in ,

Mila Jirin Selamat Nikah Dengan Pengurus Dengan Sekali Lafaz

Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru kepada penyanyi dan juara Akademi Fantasia musim kelima (AF 5) iaitu Mila Jirin yang telah selamat bergelar isteri kepada pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha dengan sekali lafaz pada hari ini, Rabu di Hotel E-City, One City, Subang Jaya pada jam 6.20 petang.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, dan Ahmad Ailis, 36 dinikahkan oleh imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis.

Untitled

Majlis pernikahan Mila Jirin tertangguh hampir dua jam gara-gara jurunikah tersalah lokasi majlis tersebut. Sepatutnya dinikahkan selepas solat Asar pukul 4.30 petang. Imam tersebut sempat memohon maaf kepada ibu bapa pengantin kerana terlewat akibat tersalah lokasi.

Suasana sebelum itu menjadi pilu apabila Zainal meminta suami Mila, Ahmad Alis Mohamed Mustapha mencium dan memohon maaf kepada ibunya sambil dia menyanyikan lagu Sudirman bertajuk Ayah dan Ibu.

Mila diwalikan oleh bapanya iaitu Jirin Burhan. Ahmad Ailis turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 berserta wang hantaran RM23,128.70

Pada majlis itu, Mila tampil anggun dengan  persalinan rona putih hasil sentuhan pereka tempatan, Seth & Luna Jimiey Whang. Pihak pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Mila dan Ahmad Ailis ketika ditemui melahirkan rasa syukur apabila mereka selamat disatukan.

“Selepas sekian lama kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami-isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia,” kata Mila.

Memilih konsep bunga warna lembut atau pastel floral bagi majlis akad nikah, pasangan tersebut menggunakan khidmat syarikat mereka sendiri iaitu Bizmilla Catering bagi dekorasi pelamin, dewan serta hidang makanan buat tetamu.

Pasangan yang telah berkenalan selama tahun itu akan mengadakan majlis persandingan berkonsepkan tradisional di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 20 Disember depan.

Dalam pada itu sebuah majlis makan malam bagi meraikan teman media dan rakan niaga pula akan diadakan pada 23 Januari 2016 di Hotel ECity, One City, di sini.

Selamat pengantin baru Mila Jirin. Tahniah! Semoga bahagia selama-lamanya, insyaallah.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad di Karpet Merah Anugerah Skrin 2015

Sinopsis Drama Bersiri ALIF IMANI Lakonan Ummi Nazeera & Fezrul Khan