in ,

Pendapatan Terjejas, Mila Jirin Ajak Rakan Perniagaan Supaya Bersabar & Tawakal

Penyanyi dan ahli perniagaan Mila Jirin, 34, mengajak rakan-rakan dalam perniagaan pengurusan perkahwinan untuk terus tawakal supaya industri itu kembali bersinar tak lama lagi.

Mila berkata, ramai rakannya dalam industri itu mengeluh apabila tidak peruntukan untuk mereka dalam pembentangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), baru-baru ini.

Menurutnya, dia berharap pengusaha industri itu akan terus bersabar dan tidak mengalah.

“Jangan sedih. Tawakallah kepada Allah. Jika Allah izinkan ia akan mudah. Jika sebaliknya jangan mengalah.

“Saya faham situasi anda nak mulakan perniagaan kekurangan modal. Cuba memohon pinjaman bank, tak diluluskan pula kerana industri itu berisiko tinggi. Ini memang hakikat.

“Saya mendengar keluh-kesah anda. Apakan daya saya juga tak mampu nak membantu lebih, hanya doa dan kata-kata positif dapat disalurkan agar terus memberi semangat agar terus kuat dan terus tawakal,”

– Mila Jirin
Mila Jirin

Mila juga berlapang dada untuk mendengar dan membantu apa saja termampu buat rakan industri itu yang terkesan. Dia juga berharap mereka tidak putus mencari inisiatif lain untuk bertahan.

“Jangan bersedih. Insya-Allah, jika perlu luahkan apa jua yang terbuku, mesej saya secara peribadi, saya sudi mendengarnya. Moga dapat menghilangkan sedikit gundah-gulana.

“Jangan tunggu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat. Terus ubah dan tukar corak perniagaan anda. Selebihnya semua dengan izin Allah, sama-sama kita teruskan berdoa buat semua sahabat kita,”

– Mila Jirin

Penularan Covid-19 sejak lebih setahun lalu dan pelaksanaan PKP membuatkan industri pengurusan perkahwinan terjejas teruk apabila majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan sehingga pengusaha kerugian.

Mila yang memiliki perniagaan Bizmilla Wedding Centre juga mengalami kerugian.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memastikan Pekerja Dapat Vaksinasi, HABIB Lancar Kempen THE ONE THING

Filem Tempatan Ada Potensi Tembusi Pasaran Luar Negara