in ,

Memastikan Pekerja Dapat Vaksinasi, HABIB Lancar Kempen THE ONE THING

Jumlah kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia masih tinggi, walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) sejak 1 Jun 2021 oleh Kerajaan Malaysia.

Setelah 25 hari rakyat Malaysia “berkurung” di rumah, angka kes positif harian yang direkodkan masih lagi tinggi iaitu mencecah purata 5,000 kes sehari. Keadaan ini menyeru kerajaan untuk memperhalusi perancangan berkenaan hala tuju negara dalam masa terdekat ini bagi mengekang pandemik Covid-19. Sehubungan dengan ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memperkenalkan Rancangan Pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, sebagai salah satu strategi untuk membebaskan negara daripada wabak Covid-19 menerusi empat fasa.

Pada setiap fasa, tiga syarat harus dipenuhi sebelum negara dapat bergerak ke fasa yang seterusnya. Salah satu daripada tiga syarat tersebut termasuk mencapai peratusan memuaskan penduduk yang telah divaksin.

HABIB menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menumpukan kepada SATU perkara (ONE thing); iaitu untuk mendapatkan vaksinasi. Di negara lain seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom, lebih kurang 53.37% dan 64.63% penduduk negara tersebut telah pun divaksin sepenuhnya, dan peratusan ini berjaya menunjukkan hasil yang positif.

HABIB

Ini dilihat apabila penduduk negara-negara ini sedang menuju kearah kehidupan normal seperti sedia kala, berikutan angka kes positif Covid-19 harian yang menunjukkan penurunan yang ketara, termasuk bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital dan penurunan kes kematian akibat wabak tersebut. Perkembangan positif ini membuktikan kejayaan program vaksinasi dan kepentingan memvaksin populasi di seluruh dunia, termasuk Malaysia. 

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Sepenuhnya (PKP 3.0) dengan penutupan kesemua kedai HABIB diseluruh negara, segala usaha dan fokus diberikan untuk membantu kerajaan Malaysia dengan program vaksinasi yang kini berlangsung diseluruh negara.

Fokus HABIB yang satu pada saat ini adalah yang satu… “One Thing” ialah untuk memastikan wargakerja HABIB mendapatkan vaksinasi dengan secepat mungkin dan mewar-warkan kepada semua rakyat Malaysia tentang pentingnya vaksinasi kepada semua dan juga negara kita untuk kembali pulih seperti sedia kala dengan secepat mungkin.

Masih ramai yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi dan harapan HABIB, sebagai satu badan korporat agar perlaksanaan kempen ini dapat membantu untuk menyegerakan proses pendaftaran dan vaksinasi.

Oleh itu, HABIB melancarkan kempen “The One Thing” bagi membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi. Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Satu-satunya cara untuk kita membendung wabak Covid-19 ini adalah dengan memastikan semua rakyat Malaysia menerima vaksin. Di seluruh dunia, orang ramai turut ingin mendapatkan vaksin memandangkan kepentingannya dalam membendung pandemik ini. Melalui vaksinasi, kita bukan sahaja menambah lapisan perlindungan untuk diri sendiri, malahan kita turut sama-sama melindungi keluarga, rakan-rakan dan juga masyarakat.”

Bagi memastikan kempen The One Thing ini berjaya, HABIB telah melaksanakan beberapa inisiatif, antaranya:

  1. Memastikan setiap wargakerja HABIB mendapatkan vaksinasi secepat mungkin melalui semua platform yang ditawarkan kerajaan, termasuk
  2. Mendaftar dengan SELangkah dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi mempercepat proses vaksinasi para pekerjanya di seluruh negara.
  3. Pemantauan oleh Jabatan Sumber Manusia HABIB dan mengemaskini secara harian angka warga kerja yang telah divaksinasi dan mendapatkan tarikh temujanji.
  4. Setiap ketua Jabatan mengadakan sesi harian dengan warga kerja yang belum atau mempunyai persoalan atau isu dengan vaksinasi.
  5. Membantu setiap warga kerja HABIB dan keluarga dengan pendaftaran atau melengkapkan pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
  6. Sesi temubual bersama pegawai kesihatan mengenai manfaat vaksinasi dari masa ke semasa.
  7. Berkongsi maklumat berkenaan vaksin dan program vaksinasi di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Kami percaya usaha-usaha kecil ini akan menyumbang dalam menjayakan program vaksinasi di negara ini, sekaligus mengawal penularan Covid-19,”

– Dato’ Sri Meer

Kempen “The One Thing” kini giat dijalankan di semua platform media sosial HABIB sehingga beberapa bulan yang akan datang, di mana HABIB akan berterusan berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan para pelanggan menerusi konten bersifat pendidikan serta cabaran media sosial yang menarik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penggiat Seni Ikat Perut, Program Jariah Seni 2021 Bantu Salur Bantuan di Era Pandemik Covid 19

Pendapatan Terjejas, Mila Jirin Ajak Rakan Perniagaan Supaya Bersabar & Tawakal