in ,

Mila Jirin Batal Bulan Madu di Turki Gara-Gara Ringgit Jatuh

Penyanyi Mila Jirin dan suami mengambil keputusan untuk berbulan madu ke luar negara hanya selepas mata wang negara kembali pulih.

Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, berkata, dia sudah lama mengidamkan percutian ke Turki, namun terpaksa membatalkan hasrat tersebut apabila kejatuhan nilai ringgit.

“Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi. Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang. Bagaimanapun, sebelum ke Turki, aaya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, selamat bernikah dengan sekali lafaz pada Rabu.

Majlis pernikahan berlangsung kira-kira pukul 5.20 di Hotel E-City, One City di sini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan Mila diwalikan bapanya Jirin Burhan.

Ahmad Ailis turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,001 berserta wang hantaran RM23,128.70.

Sementara itu, Ahmad Ailis atau lebih mesra disapa Isz berkata, dia mula tertarik kepada Mila selepas tamat program AF5 pada tahun 2007 namun tidak berani meluahkan isi hati kepada penyanyi tersebut.

“Selepas Mila habis AF5, saya menjadi pengurusnya dan masa itu saya sudah mula tertarik dengannya. Ketika itu dia sudah ada teman lelaki dan saya pun pendam saja perasaan ini. Tetapi saya tak pernah putus harap. Tiga tahun lepas, apabila keluarga mula bercakap tentang kami, barulah Mila mula terbuka untuk menjalin hubungan lebih serius dengan saya. Alhamdulillah, dia kini milik saya,” ujarnya.

Sumber Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri ALIF IMANI Lakonan Ummi Nazeera & Fezrul Khan

Hiasan Trending Viral | 18

Nickelodeon Launch Brand-New Animated Series SHIMMER AND SHINE