in , ,

Mierul Aiman Kerap Ke Gim Bawa Watak Bodyguard dalam W: Two World

Mierul Aiman Kerap Ke Gim Untuk Jaga Stamina Bawa Watak Pengawal Peribadi dalam Drama W: Two World

Berkampung’ di gimnasium, berlatih tinju, menjaga pemakanan dan stamina adalah rutin dilakukan pelakon meningkat naik, Mierul Aiman untuk drama aksi terbaru lakonannya, W: Two World.

Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia melakukan perkara itu sepanjang penggambaran siri arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu.

“Saya juga perlu menjaga rutin pemakanan bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan pergerakan badan ketika berlakon berjalan dengan lancar,”

– Mierul Aiman

Berkongsi lanjut mengenai latihan sebelum berlakon, Mierul memaklumkan dia turut melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi selama sebulan supaya tidak kekok ketika penggambaran.

“Setakat ini saya tidak menggunakan ‘stuntman’ kerana saya mahu menggunakan tenaga dan semangat saya sendiri sementara masih ada kudrat,”

– Mierul Aiman

Menurut Mierul, sejak kecil dia sudah memasang niat berlakon watak aksi yang energetik dan taktikal.

“Filem aksi pertama yang saya suka menonton adalah Apocalypto. Ia menampilkan jalan cerita menarik lebih-lebih lagi watak hero itu sendiri menyampaikan mesej pengorbanan.
“Ia filem yang memberi kesedaran bahawa watak aksi adalah jiwa saya selain dapat mengembangkan bakat lakonan,”

– Mierul Aiman

Menurut Mierul, dia sangat teruja apabila ditawarkan watak sebagai pengawal peribadi dalam drama aksi itu.

“Apabila saya mendapat skrip drama ini, saya membacanya sepintas lalu dan terus jatuh cinta kerana watak inilah yang saya tunggu selama ini,”

– Mierul Aiman

W: Two Worlds mengisahkan pencipta siri komik W yang juga ayah Izara (Daiyan Trisha) hilang tanpa jejak. Misi pencarian Izara membawa gadis ini ke dunia komik.

Di dunia komik itu,, Izara telah menyelamatkan Aliff (Hun Haqeem). Plot makin meruncing apabila Izara mendapati rupanya dia menjadi sebahagian daripada kisah dalam komik tersebut.

Aliff pula mempunyai misi menjejaki pembunuh keluarganya 10 tahun lalu. Siasat punya siasat, takdir hidupnya seakan berkaitan dengan Izara. Aik, dah kenapa? Apa kaitan Izara dalam hidup Aliff?

Dari satu insiden ke satu insiden yang lain, merungkai satu demi satu pembongkaran yang tidak dijangka. Macam-macam plot twist ada, memang tak senang duduk kalau layan series ni!

Nak tahu apa sebenarnya kaitan mereka berdua, dan mampukah mereka keluar dari dunia komik yang semakin hari semakin menduga, korang kena tengok sampai habis!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maryam Mahu Wakafkan Khimar & Telekung di Masjid Malaysia & Korea

Projek Lagu Dari Seluloid, 10 Lagu Filem Melayu Era 50-An Dirakam Semula