in , ,

Maryam Mahu Wakafkan Khimar & Telekung di Masjid Malaysia & Korea

Pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae, 31, dedah perkongsiannya memakai khimar mendapat reaksi kurang menyenangkan dari rakyat negara asalnya, Korea Selatan.

Maryam berkata dia agak terkesan sehingga sempat mempersoal dalam dirinya sendiri kenapa perjalanannya memeluk Islam berdepan cabaran cukup besar begitu.

“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video berkenaan tular dan menerima 12 juta tontonan. Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadaan pelik.

“Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan. Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah.

Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?”

– Maryam

Namun keluhan itu cuma sementara dan semangat Maryam untuk terus berkongsi mengenai keindahan Islam tidak tergugat sedikit pun.

“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi mengenai Islam. Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik.

“Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh. Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,”

– Maryam

Dalam pada itu, Maryam yang baharu melancarkan jenama pakaian muslimahnya Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae baru-baru ini berhajat wakafkan produk itu di masjid-masjid di Korea Selatan dan Malaysia.

“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat. Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal tapi khimar ini sangat selesa.

“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?

Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri.

“Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini ke masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,”

– Maryam

Empat tahun bergelar mualaf, personaliti media sosial Maryam You Narae masih lagi belajar menjadi seoang Muslimah yang lebih baik.

Maryam, 31, berkata, dia kecewa apabila terdapat segelintir netizen yang mudah menghakimi penampilannya di media sosial meskipun ramai tahu dia masih baru memeluk Islam.

Kata Maryam, dia terkilan setiap kali membaca komen-komen negatif tentang penampilannya sedangkan masih ramai individu di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arja Lee Mengidam & Teringin Untuk Nyanyi Lagu Ciptaan Aina Abdul 

Mierul Aiman Kerap Ke Gim Bawa Watak Bodyguard dalam W: Two World