in ,

Michelle Yeoh Jadi Juri Anugerah Oscar

Datuk Seri Michelle Yeoh Jadi Juri Anugerah Oscar. Tahniah! Pelakon filem kelahiran Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa, Datuk Seri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi orang Malaysia pertama yang terpilih sebagai salah seorang juri untuk Anugerah Academy yang bakal berlangsung pada tahun 2013.

Sebanyak 176 pelakon dan pengarah telah diundang oleh Academy Of Motion Picture Arts And Sciences untuk menjadi juri di mana mereka akan memilih calon yang layak memenangi Anugerah Academy iaitu satu acara penghargaan filem berprestij di Hollywood.

Selain daripada aktres berusia 49 tahun kelahiran Ipoh, Perak ini, nama-nama besar lain yang dipilih adalah Andy Serkis, Jean Dujardin, Jessica Chastain, Jonah Hill, Matthew McConaughey dan Terrence Malick.

Panel juri akan memulakan pengundian untuk Oscar ke-85 pada 24 Februari 2013.

Tahniah Budiey ucapkan.

Michelle Yeoh

Michelle Yeoh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SINAR INI Lagu Terbaru Maya Karin Dan Yassin

Gambar Bakal Suami Ella