in , ,

Michelle Yeoh Orang Asia Terima Ijazah Kehormat Institut Filem Amerika

Anugerah tersebut akan diberikan pada 13 Ogos ini bertempat di TCL Chinese Theatre di Hollywood.

Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh pasti kita sudah terbayang beberapa aksi lakonannya yang hebat dilayar perak.

Michelle Yeoh Orang Asia Terima Ijazah Kehormat Institut Filem Amerika

Anak kelahiran Ipoh, Perak, ini telah mengharumkan nama Malaysia apabila menempa nama sebagai pelakon terkenal di Hollywood antara filem yang pernah dilakonkannya adalah Tomorrow Never Dies, Shang-Chi The Legend of The Ten Rings selain menjadi suara latar dalam Minions: The Rise Of Gru serta banyak lagi.

Bakal terima anugerah Ijazah Kehormat dari AFI

Terbaharu, pelakon wanita hebat ini bakal menerima ijazah kehormat dari Institut Filem Amerika (AFI) kerana sumbangan besarnya kepada industri perfileman Hollywood.

Memetik laporan Berita Harian, pelakon yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-60 pada 6 Ogos lalu, telah mencipta kejayaan yang membanggakan melalui filem komedi yang dilakonkan olehnya dalam Everthing Everywhere All at Once yang disiarkan baru-baru ini.

Telah memberi sumbangan yang luar biasa

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AFI, Bob Gazzale, Michelle Yeoh telah memberikan kesan yang sangat luar biasa dalam lakonannya kepada seluruh dunia sehingga melayakkan beliau untuk menerima pengiktirafan ijazah kehormat tersebut.

“Michelle Yeoh menjadi inspirasi seluruh dunia menerusi bakar luar biasanya. Dedikasi ditunjukkan terhadap bidang seni amat membanggakan AFI,” jelas Bob Gazzale.

Majlis penganugerahan tersebut dilaporkan akan berlangsung 13 Ogos ini bertempat di TCL Chinese Theatre di Hollywood.

Selain Michelle Yeoh, filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Stephanie Hsu, Ke Huy Quan, Jenny Slate, Harry Shum, James Hong serta Jamie Lee Curtis.

Malah filem tersebut turut menerima maklum balas yang positif serta mendapat skor sebanyak 95% daripada Rotten Tomatoes.

Difahamkan pelakon wanita tersebut telah melakonkan lebih dari 70 filem dan antaranya adalah, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asian, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings serta banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MELODI

Legasi MELODI Diteruskan Dengan Hos Ain Edruce & Haziq Hussni

Dituduh Sunting Adegan Video Asal, Pak Cik Shell Tampil Beri Penjelasan