in ,

Michael Ang Akui Sudah Peluk Islam Sejak Setahun Lalu

Pengarah popular Michael Ang menerusi satu video di saluran YouTube Official Ria X mengakui sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun yang lalu. Dalam video tersebut, pengarah berkenaan memberitahu sejak mendalami agama Islam masih banyak perkara yang harus dirinya pelajari.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang muslim dan bersedia untuk memberitahu semua tentang perkara ini.

“Untuk saya mula tunaikan solat Jumaat, lebih baik saya berterus terang apabila orang melihat saya di masjid dan memperkatakan tentang perkara ini,”

Jelasnya, dia juga tidak mahu perkara tersebut diperbesarkan kerana ia adalah antara saya dan Allah.

Ramadan lalu, status agama Michael atau nama penuhnya, Michael Ang Hai Swee mencetuskan persoalan ramai apabila dia kerap berkongsi pengalaman belajar berpuasa.

Pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.

“Doakan sajalah saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan tunjuk ajar semua semoga kita jadi yang terbaik di mata Allah,”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama NUR 2 Raih 10 Juta Tontonan

[Travel] Tenangnya Penginapan di Sahana Villas, Seminyak, Bali