in ,

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Menara FELDA yang tersergam di Platinum Park, Pesiaran KLCC di Bandaraya Kuala Lumpur bukan sekadar binaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan mercu tanda kejayaan agensi itu yang telah berjaya mencipta perubahan besar kepada struktur ekonomi serta masyarakat di negara ini.

Semalam, tanggal 24 Februari, Budiey berkesempatan untuk menghadiri acara Pelancaran FEEL DA STAR yang diadakan di Menara Felda. Ini adalah pertama kali Budiey berada di sana dan ternyata acara ini cukup meriah betul!

Program pencarian bakat FEEL DA STARZ (FDS) merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti Felda yang berbakat mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan di adakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024

Selari dengan kejayaan dan perubahan tersebut, FELDA atau nama penuhnya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah melaksanakan inovasi, mencipta landskap baharu Menara FELDA dengan menjadikannya sebagai destinasi gaya hidup yang menyeronokkan dengan menganjurkan Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini.

Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024, yang dibuka kepada orang ramai di Lembah Klang khususnya kepada warga FELDA atau Feldarians itu menawarkan pengalaman bermakna kepada para pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Diilhamkan sendiri oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, karnival itu memberi peluang kepada para pengunjung pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan dengan pelbagai produk tempatan.

Di samping itu, karnival tersebut turut mewujudkan masa berkualiti para pengunjung bersama keluarga dalam suasana selesa dengan persekitaran seni bina Menara FELDA yang mengagumkan sejak didirikan 10 tahun lalu.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

“Menara FELDA sesuai menjadi pusat atau ‘port’ gaya hidup inklusif yang mana pelbagai acara menarik untuk Feldarians serta orang ramai untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di sini.

“Potensi kemeriahan di Menara FELDA ini mampu menarik anak-anak muda untuk berhimpun di situ.

“Lokasi Menara FELDA ini sendiri merupakan simbolik representasi nama FELDA yang cukup besar melalui ‘Segalanya FELDA’ sebagai satu jenama,” jelas Ahmad Shabery dalam satu kenyataan pada Sabtu yang mana beliau turut berharap karnival seumpama itu dapat diteruskan di tanah-tanah rancangan di seluruh negara.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Mengekalkan kecemerlangan, reputasi dan jenama FELDA di mata dunia, agensi Kerajaan Persekutuan itu telah menggariskan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat tersebut supaya selari dengan era revolusi kecerdasan buatan (AI) ketika ini dan masa depan.

Malah, FELDA berhasrat untuk bergerak melampaui peranannya sebagai pengeluar minyak sawit utama dan pembangunan komuniti kepada sebuah entiti pemain global.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Hari Peneroka FELDA FGV 2024

Bertepatan dengan matlamat tersebut, FELDA akan menghimpunkan para peneroka dan rakan-rakan strategik di seluruh negara dalam program Hari Peneroka FELDA FGV 2024 yang akan berlangsung selama tiga hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 12 hingga 14 Julai ini.

Dianggarkan seramai 500,000 orang peneroka akan hadir dalam program himpunan terbesar itu.

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Malah, Hari Peneroka FELDA FGV 2024 turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti antaranya Feel Da Star, Masterclass, acara kerohanian, karnival kerjaya, pertandingan sukan, festival makanan, glamping, pameran dan banyak lagi.Hari Peneroka 2024 bertujuan untuk bukan sahaja meraikan pencapaian komuniti FELDA tetapi juga untuk manifestasi inspirasi kerjasama serta inovasi dalam kalangan Feldarians.

“Saya sendiri antara Feldarians. Di mana-mana sahaja, kami tetap orang FELDA.” ujar Ahmad Shabery.

Pencapaian itu membuktikan semangat dan evolusi FELDA dalam pelbagai aspek merangkumi kekayaan warisan FELDA, sumbangan ekonomi serta kejayaan warganya.

Kunjungi laman web www.segalanyaFELDA.com

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024
Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024
Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cipta Citra Hari Puisi Sedunia Bakal Berlangsung Dua Hari di Ipoh

Alfaro Sasar Jualan RM30 Juta Tahun Ini, Fasha Sandha Jadi Pelaris Utama