in , ,

Cipta Citra Hari Puisi Sedunia Bakal Berlangsung Dua Hari di Ipoh

Mencipta Kemesraan Puisi Dalam Cipta Citra

Hari Puisi Sedunia merupakan sebuah deklarasi yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) dalam Konferensi Umum ke-30 di Paris pada tahun 1999 dengan bertujuan untuk mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis dan sastera Malaysia tidak ketinggalan untuk berdiri di hadapan siiring menuju ke arah negara maju. 

Bakal berlangsung selama dua hari pada 8 & 9 Mac 2024, CIPTA CITRA – Hari Puisi Sedunia akan menampilkan tokoh sasterawan dan seniman terkenal tanah air termasuklah Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datin Sofia Jane, Datuk Dr. Lim Swee Tin, Datin Alyah, Umar Uzair, Lin Haslinaz, Shirley Idris dan Aryan Andika serta menerbangkan beberapa seniman antarabangsa iaitu Sastri Bakry mewakili Indonesia, Alena Belozertseva dan Polina Pogadaeva dari Rusia, Suhail Ibn. Shahnawaz dari Kahsmir, India dan Hidayat Nordin dari Singapura. 

Cipta Citra Hari Puisi Sedunia Bakal Berlangsung Dua Hari di Ipoh

Acara gemilang pada hari pertama iaitu 8 Mac bakal bermula dengan pengembaraan delegasi seniman dalam negara dan anatarabangsa menaiki keretapi laju ETS dari Stesen Kuala Lumpur ke Ipoh. 

Cipta Citra Hari Puisi Sedunia Bakal Berlangsung Dua Hari di Ipoh

Seterusnya Konsert Cipta Citra jam 8.30 malam di Auditorium Kompleks JKKN Perak. Hari ke dua pada 9 Mac akan diisi dengan Forum Ramu Puisi Rencah Sasterawan di Taman Rekreasi Gunung Lang dan Tayangan Filem Puisi oleh dua pengarah belia, Syahmi Norsan dan Amen Naqib di Impiana Hotel Ipoh. 

Cipta Citra Hari Puisi Sedunia Bakal Berlangsung Dua Hari di Ipoh

Cipta Citra – Hari Puisi Sedunia yang disokong oleh MOTAC, Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak, JKKN Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan KTM Berhad ini merupakan sebuah lagi usaha memperkasakan sastera dan seni kebangsaan serta mendaulatkan khazanah negara yang disampaikan dalam bentuk persembahan muzikalisasi puisi, muzik, seni dan budaya selain bersesuaian sebagai pengisian dalam Tahun Melawat Perak 2024 ke arah sebuah negara berjatidiri dan memiliki kesenian berbahasa yang unggul selain bertujuan menjambatani hubungan seni budaya dan kesusasteraan Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Tiket-tiket Konsert Cipta Citra yang terhad untuk 300 tempat duduk sahaja berharga RM35 (Hikayat), PRM45 (Panji) dan RM55 (Epik) boleh didapati melalui imbasan kod QR pada poster, Instagram @mejapoedjangga atau melalui aplikasi Whatsapp di 0177783584. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NAMIE

Penuh Liku, Namie Tak Sangka Mat Helang Menang Naib Juara TMSMY4

Meriah! Pelancaran FEEL DA STAR Sempena Karnival Segalanya FELDA 2024