in , , ,

Drama Bersiri HATI YANG TERSAKITI & LELAKI LINGKUNGAN CINTA Ditayangkan di Viu

Kolabarasi Viu Dan Primeworks Studios Dua Drama Hebat TV3 Bersiaran di Viu Pada Bulan Oktober Ini. Jangan Lupa Tonton Tayangan Eksklusif Ini!

Berita yang menggembirakan bagi pencinta drama-drama Melayu apabila Primeworks Studios, penerbit dan pengedar kandungan terbesar Malaysia yang banyak memenangi anugerah dan Viu, peneraju perkhidmatan penstriman video OTT (over-the-top) serantau, menandatangani kerjasama perkongsian kandungan yang menyaksikan dua (2) drama Melayu yang mendapat kedudukan teratas di TV3 masa kini bersiaran di platform penstriman video terkemuka ini.

Hati Yang Tersakiti, drama bersiri 15 episod yang bersiaran di slot Samarinda, mula bersiaran di Viu secara percuma dan eksklusif dari 15 Oktober hingga 10 November 2020. Manakala, kesemua 13 episod drama Lelaki Lingkungan Cinta dari slot Lestary  pula boleh ditonton di platform OTT Viu bermula 21 Oktober.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood:

Ini merupakan satu lagi kejayaan besar bagi kami.  Kerjasama seperti ini sangat penting supaya kami dapat mengikuti perubahan kehendak, citarasa dan aliran penonton masa kini serta secara tidak langsung membolehkan kami berkembang dan menjejak  khalayak baru yang berpotensi”.

– Dato’ Iskandar Mizal Mahmood,

Drama Bersiri HATI YANG TERSAKITI

Poster Hati Yang Tersakiti

Dua drama terpilih yang ditayangkan secara percuma dan eksklusif di Viu:

Dari slot Samarinda: Hati Yang Tersakiti (15 episod)

Tarikh Siaran : 15 Oktober 2020 – 10 November 2020

Pelakon: Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana

Hati Yang Tersakiti sebuah drama yang sarat dengan emosi mengisahkan mengenai perkahwinan pasangan suami isteri Mona dan Haris yang bahagia mula bermasalah apabila sahabat baik Mona, Farah yang baru bercerai menumpang tinggal bersama pasangan itu. Farah menjadi cemburu dengan kebahagiaan rakannya dan mula menggoda Haris. Dapatkah Haris mengelak dari berperasaan terhadap Farah? Dapatkah Mona menghidu apa yang berlaku di belakangnya?

Drama Bersiri LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Lelaki Lingkungan Cinta-Poster1

Dari slot Lestary: Lelaki Lingkungan Cinta (13 episodes) 

Tarikh Siaran : 21 Oktober 2020 – 19 November 2020

Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Ruhainies, Rozita Che Wan

Lelaki Linkungan Cinta drama yang diadaptasi dari novel mengisahkan mengenai pasangan remaja Esya dan Adib yang berkahwin diusia muda ketika masih belajar dikolej. Pada mulanya, Esya khuatir untuk meneruskan perkahwinan namun Adib yang terkeanl dengan kenakalannya berjaya merayu dan meyakinkan Esya yang dia akan berubah dan mengubah cara hidupnya. Rakan mereka, Zamri, mencemburui hubungan 

suami isteri ini dan mula membuat perancangan untuk memutuskannya hubungan mereka. Zamri menyebarkan khabar angin tentang Esya yang membuat Adib mempersoalkan isterinya. Mungkinkah kebenaran akan terungkap dan menyatukan kembali dua hati ini?

Langgan Viu untuk menonton rancangan premium tanpa iklan dari Korea, Indonesia, Malaysia, Thailand dan negara-negara Asia yang lain. Dapatkan potongan 40% pada bulan pertama (RM 8.00 melalui Google Pay dan RM 7.90 melalui Apple Pay) dengan melanggan Viu Premium.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA

Daus Eli Dedah Kisah Perceraian dalam Video Muzik TAKDIR KITA