in , ,

Mendepani Covid-19, Celcom Hantarkan Keperluan Digital Anda Ke Hadapan Pintu

Keselamatan pelanggan terus mejadi keutamaan pada masa yang mencabar kini. Sehubungan itu, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menjangkau kepada pelanggan melalui perkhidmatan penghantaran inovatif sepantas 24 jam, iatiu dash4ME™, yang boleh didapati melalui Celcom Online Shop.

Ia memberi kemudahan kepada pelanggan dengan penghantaran kad SIM dan peranti, yang terjamin dan selamat dalam masa 24 jam daripada waktu pembelian, sehingga ke hadapan pintu rumah mereka.  

Mendepani Covid-19, Celcom Hantarkan Keperluan Digital Anda Ke Hadapan Pintu

Sebagai memenuhi keperluan kesemua rakyat Malaysia dalam situasi pandemik COVID-19, Celcom terus menyokong pelanggan yang bekerja dari rumah dan menjalankan peranan mereka untuk terus kekal selamat di rumah serta membantu mengecilkan lengkungan pandemik tersebut. Daripada 1 Oktober sehingga 30 November 2020, 100 orang pelanggan pertama Celcom Online Shop akan menikmati penghantaran percuma melalui dash4ME™ apabila membeli pelan terpilih berikut:

  • Celcom MEGA™ with Unlimited L pass; 
  • Celcom MEGA™ Lightning L or XL pass 
  • Pakej Peranti atau EasyPhone™ digabungkan dengan mana-mana pelan pasca bayar Celcom MEGA™ di atas. 

Selain itu, sehingga 31 Disember 2020, pelanggan yang mendaftar bagi pelan pascabayar Celcom MEGA™ dan talian keluarga boleh menikmati diskaun 50% ke atas bil mereka untuk tempoh tiga bulan. Rebat tersebut ditawarkan bagi pendaftaran baharu pelan Celcom MEGA™ dengan mana-mana pas; Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L atau XL melalui Celcom Online Shop

Perkhidmatan penghantaran dalam 24-jam dash4ME™ oleh Celcom kini ditawarkan di seluruh Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur). 

Mendepani Covid-19, Celcom Hantarkan Keperluan Digital Anda Ke Hadapan Pintu

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom sentiasa bersedia untuk menyokong rakyat Malaysia dengan penyediaan perkhidmatan yang inovatif, bagi memastikan pelanggan boleh terus terhubung dengan akses berterusan kepada tawaran hebat dan yang mampu dimiliki, tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka. 

“Penghantaran ekpres dash4Me™ oleh Celcom ini merupakan perkhidmatan eksklusif bagi pelanggan untuk memiliki barangan yang bernilai tinggi seperti telefon bimbit terkini, tanpa perlu beratur, dan dihantar terus ke depan pintu rumah mereka. Kami juga bangga melihat bagaimana rakyat Malaysia terus bersatu dengan sasaran yang sama dalam mengecilkan lengkungan pandemik ini, dan kami ingin memastikan pelanggan masih boleh menikmati perkhidmatan kami ketika mereka kekal selamat di rumah,” menurut Idham. 

Shanti Jusnita Johari, Ketua Pegawai Pengalaman Pelanggan dan Digital, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom sentiasa berusaha untuk memahami keperluan pelanggan, lebih-lebih lagi dalam keadaan yang begitu mencabar ini. Perkhidmatan penghantaran dalam 24-jam dash4ME™ ini ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan di sekitar Lembah Kelang bagi pembelian pelan baharu dan peranti melalui Celcom Online Shop,” kata Shanti. 

Mendepani Covid-19, Celcom Hantarkan Keperluan Digital Anda Ke Hadapan Pintu

Tambahan lagi, Celcom turut menyediakan tawaran khas kepada pelanggan sepanjang tempoh ini: 

  • 10 Okt 2020 – 31 Dis 2020 – Kempen “Be A Winner” Celcom, menawarkan peluang kepada semua pelanggan pascabayar dan prabayar untuk memenangi hadiah menarik seperti Myvi, motosikal Honda, Apple Airpod Pros, baucar hotel, dan baucar Touch ‘n Go. Mereka hanya perlu mendaftar bagi mana-mana pelan melalui Celcom Online Shop dan muat turun aplikasi Celcom Life untuk menyertai. Setiap transaksi yang dijalankan melalui aplikasi Celcom Life akan melayakkan penyertaan untuk menang.  Untuk info lanjut, layari www.celcom.com.my/support/celcom-life-app/be-a-winner
  • Hari ini hingga 26 Okt 2020 – Esklusif atas talian! Jimat sehingga RM120 bagi pelan pascabayar Celcom MEGA™ & InternetGO, serta pas PERCUMA 7 hari Internet Tanpa Had bagi pek prabayar XPax.
  • Nantikan jualan hari gaji Oktober dan tawaran pakej yang mengujakan anda. 

Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran terkini dan esklusif Celcom, pelanggan boleh melayari laman sesawang kami www.celcom.com.my atau lawati laman  Facebook dan Twitter Celcom.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Haqiem Rusli Bakal Hasilkan Lagu Tema Untuk Drama BIDADARI SALJU

Black Selongkar Kemelut Duda Ada Anak Mahu Kahwin Semula dalam Video Muzik SABAR