in , , ,

Haqiem Rusli Bakal Hasilkan Lagu Tema Untuk Drama BIDADARI SALJU

Tahniah buat Haqiem Rusli yang bakal bekerjasama dengan penerbit terkenal, Datuk A. Aida untuk menghasilan lagu tema untuk drama terbarunya, Bidadari Salju yang bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 pada bulan hadapan. Wah! Pasti ramai peminat Haqiem tak sabar nak tengok!

Bagi Haqiem, peluang kerjasama yang diberikan oleh A.Aida dianggap sebagai satu penghormatan buat dirinya yang baru dalam dunia hiburan tanah air.

Menurut penyanyi lagu Tergantung Sepi ini, dia bakal tampil dengan lagu berjudul ‘Dia’ dan turut bersyukur kerana proses merakamkan single ini telah dipermudahkan.

haqiem

“Verse lagu ini sudah lama siap dalam dua bulan lalu. Tapi bila dapat tawaran daripada Datuk A.Aida, saya terus siapkan bahagian korus dan siap dalam masa sehari saja. Selepas siap, saya terus hantar padanya dan menghubungi Sharon Paul untuk gubahan muzik. Alhamdullilah segalanya dipermudahkan.”

– Haqiem Rusli

Berikutan drama tersebut bakal ditayangkan pada bulan hadapan, Haqiem turut menyatakan bahawa lagu Dia ini boleh dianggap dibuat khas untuk drama itu.

Haqiem turut optimis dan menganggap peluang berkerjasama dengan penerbit popular itu sebagai satu penghargaan meskipun ini merupakan kali pertama dia bersama A.Aida dalam menghasilkan melodi dan lirik.

Menganggap ianya sebagai sebuah batu loncatan untuk dirinya lebih maju dalam dunia seni, Haqiem turut mendedahkan bahawa dia akan muncul dengan lagu baru hasil kolaborasi bersama Hael Husaini dan Naim Daniel.

What do you think?

72 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maulidul Rasul 1442H Tiba Lagi, Ini Program Menarik di TV AlHijrah

Mendepani Covid-19, Celcom Hantarkan Keperluan Digital Anda Ke Hadapan Pintu