in

Menangi Tiket Ke Wrestlemania Tonton WWE Smackdown di TV3

MENONTON PROGRAM WWE SMACKDOWN DI TV3 UNTUK MENANGI TIKET KE ACARA WRESTLEMANIA 26

Berita baik buat peminat fanatik program WWE Smackdown di TV3! Kini, anda berpeluang untuk pergi menonton acara tahunan terbesar WWE iaitu “WrestleMania 26” yang akan berlangsung di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat pada 28 Mac 2010.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menonton program WWE Smackdown di TV3 pada 11 Feb 2010 dan 18 Feb 2010 jam 11.00malam untuk mengumpul kata laluan yang akan dipaparkan di dalam episod tersebut. Hantarkan kata laluan anda dan url link kepada rakaman video pendek aksi lagak gaya ‘wrestler entrance’ anda tersendiri (maksimum 20 saat) serta nama Superstar rekaan anda yang paling kreatif di laman web www.tv3.com.my/wrestlemania mulai 19 – 21 Februari 2010.

Hanya seorang pemenang bertuah yang akan dipilih berdasarkan kata laluan yang tepat dengan video yang paling kreatif untuk memenangi 2 tiket ke WWE WrestleMania 26 pada 28 Mac 2010 dan 2 tiket ke WWE Hall of Fame pada 27 Mac 2010. Selain itu, beliau juga menerima tiket penerbangan dua hala untuk dua orang ke Phoenix, Amerika Syarikat, penginapan hotel untuk dua orang di Phoenix dan wang tunai berupa ‘Travellers Checks’ sebanyak USD $400.

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, “Sebagai tanda penghargaan kepada 1.5 juta penonton yang setia dengan program WWE Smackdown yang telah bersiaran selama 7 tahun di TV3, pihak kami dengan kerjasama WWE telah menawarkan peluang keemasan ini khusus buat peminat WWE Smackdown untuk memenangi tiket eksklusif ke WrestleMania 26. Acara tahunan ini sememangnya acara yang terbesar dan diidami oleh peminat WWE Smackdown untuk merasai keseronokannya dan berpeluang bertemu dengan Superstar WWE Smackdown dan para selebriti yang hadir nanti.”

Para pengunjung dari serata dunia bakal membanjiri University of Phoenix Stadium untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah diaturkan seperti WrestleMania Axcess, WWE Hall of Fame, WrestleManiArt, pameran, Monday Night Raw dan juga parti jalanan WrestleMania “Rocks The Blocks”. Selain Superstar WWE seperti Triple H, John Cena, Shawn Michaels dan Randy Orton, selebriti-selebriti seperti Mr. T, Donald Trump, Beyonce serta Muhammad Ali turut hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Rekakan gaya terhebat ‘WWE Superstar entrance’ anda tersendiri dan tontonlah program WWE Smackdown di TV3 pada 11 Februari dan 18 Februari 2010 jam 11malam untuk mendapatkan kata laluan bagi merebut peluang keemasan ke WrestleMania 26! Nama pemenang bertuah akan diumumkan dalam siaran program WWE Smackdown pada 25 Februari 2010 jam 11.00malam nanti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my/wrestlemania.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri

Faizal Tahir, Aizat & Dato’ Siti Nurhaliza Fesyen Military Ala Michael Jackson