in , , ,

Faizal Tahir, Aizat & Dato’ Siti Nurhaliza Fesyen Military Ala Michael Jackson

Salam semua, selamat pagi…

Korang dah beli tiket untuk menonton persembahan Faizal Tahir, Aizat & Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya?

Ye, hanya tinggal seminggu lagi Konsert Satu Suara akan berlangsung. Jadi, kepada peminat ketiga ikon ini yang nak tengok showmanship mereka pergi beli tiket cepat-cepat. Dengarnya, tiket masih ada lagi. Tapi sudah tentunya tiket yang murah memang laris macam goreng pisang panas.

Insyaallah, kalau diizinkan Budiey juga akan menyaksikan Konsert Satu Suara pada 12 Februari (Jumaat) ini iaitu malam gala atau malam pembukaan di mana pada malam ini juga adalah malam amal untuk Yayasan AEON Malaysia. Di mana 5% daripada hasil kutipan tiket akan disumbangkan kepada tabung Yayasan AEON Malaysia.

Lihat pada poster, bukan main sakan lagi Faizal Tahir, Aizat dan Dato’ Siti Nurhaliza bergaya. Semua pakaian adalah rekaan kreatif & inovatif dari Rizman Ruzaini. Konsep military ini menggunakan warna kelabu yang lembut dan silver. Kasi si pemakai nampak lebih menyerlah dan glam.

Dan, korang lihat ya, pada kasut yang dipakai oleh Aizat dan Faizal  Tahir kat bawah ni… haaa… macam robocop dah Budiey tengok. Itu yang dikatakan stail zaman teknologi. Ye, wawasan 2020 pun dah nak dekatkan. So, diorang ni kena maju ke depan dari segi fesyen.

Sekali imbas gaya mereka mengingatkan Budiey pada satu fesyen yang dipakai oleh Michael Jackson. Gambar kredit untuk Siti Nurhaliza Productions.

Budiey ada dengar, Aizat akan kasi kejutan untuk semua peminatnya di Konsert Satu Suara. Kejutan yang macamana memang itu yang kita nantikan. Barulah KASI GEGAR!

Okay, kalau nak beli tiket, boleh beli di kaunter tiket Istana Budaya, AEON Bukit Tinggi, JUSCO Mid Valley, JUSCO 1 Utama Shopping Centre, JUSCO Taman Maluri Shopping Centre dan JUSCO Alpha Angle Shopping Centre.

Nak senang lagi, boleh layari:

www.ticket2u.com

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. MMG SMART ABIS….KALO ADA GAMBAR LATAR BELAKANG DLM PESAWAT LAGI POWER….FAIZAL BETUL2 CAM “KOLONEL” ANGKASALEPAS

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Menangi Tiket Ke Wrestlemania Tonton WWE Smackdown di TV3

Sekitar RTM Media Screening: 2010 FIFA WORLD CUP