in

Menangi RM100,000 Di Seratus Ribu Suria

[dropcap]I[/dropcap]ngin menangi sebahagian daripada RM100,000? Sesuatu yang hebat kini sedang menanti anda! Telah bermula pada 15 April sehingga 26 Mei ini, Suria FM tampil dengan Seratus Ribu Suria yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 kepada pendengar bertuah. Dengan hanya meneka lima ketawa selebriti mengikut turutan, anda boleh menang sebahagian dari RM100,000 di Suria FM.

Kempen Seratus Ribu Suria ini diadakan bertujuan untuk menghargai para pendengar setia. Dari semasa ke semasa, petunjuk akan diberikan oleh para juri bagi memudahkan pendengar meneka siapakah lima selebriti yang sedang ketawa.

[pullquote align=”right”]Mungkin jadi milik anda! Menangi wang RM100,000 DI SERATUS RIBU SURIA![/pullquote]

Untuk menyertai, anda perlu mendengar Suria FM dan tunggu isyarat memanggil keudara. Pemanggil pertama yang bertuah akan berpeluang untuk meneka ketawa selebriti dengan betul mengikut turutan. Anda hanya perlu menjawab kesemuanya dengan betul untuk mendapat hadiah wang tunai RM500. Wang tunai akan digandakan jika jawapan yang diberikan salah. Buat anda yang telah mendaftar sebagai VIP Suria FM, anda akan mendapat wang bonus jika jawapan anda betul!

Bermula minggu ini, ayuh tingkatkan pengetahuan anda dalam meneka gelak ketawa selebriti dan menang wang besar. Semoga keceriaan anda semakin berganda bersama dengan Suria FM. Layari www.suriafm.com.my untuk mendengarkan kami secara online, maklumat frekuensi di kawasan berdekatan anda serta pelbagai lagi info ceria. Untuk lebih dekat, like dan follow @suriafmradio di Facebook, Twitter dan Instagram. Suria FM, Menceriakan Duniamu.

Seratus_Ribu_Suriafm

Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah berfrekuansi 105.9FM. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.5 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TGV Cinemas Launches Promo for Students & Senior Citizens

Azean Irdawaty Kritikal Barah Semakin Merebak