in

Menangi RM Suku Juta Dalam Ketawa & Ceria Bersama Suria FM

Ketawa & Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga RM Suku Juta

Salam buat pembaca budiman sekalian, mahukah korang menang wang besar? Mesti mahu kan? Tambahan lagi wang yang nak dimenangi tu bukan satu sen dua sen tau.  Tapi suku juta kau!

Anda mahu ceriakan saku anda dengan wang tunai hampir suku juta ringgit? Suria FM kini kembali dengan ‘Ketawa & ceria bersama Suria, menang sehingga RM suku juta’.

Bermula 19 Mac 2012 iaitu hari ini, para pendengar suria boleh menang sejumlah wang sehingga RM suku juta dengan meneka 5 ketawa selebriti tanahair secara tepat mengikut urutan. Peraduan ini akan tamat pada 13 April 2012.

suria

Pendengar akan memenangi RM100 untuk setiap tekaan yang betul manakala bagi pendengar yang berjaya meneka kelima-limanya akan memenangi RM500.

Bagi mereka yang berjaya meneka kelima-lima ketawa selebriti dengan betul mengikut urutan pula, mereka akan ke pusingan akhir untuk merebut hadiah wang tunai sehingga RM suku juta. Dengarkan Suria FM untuk menyertaikan dan jangan lupa untuk ke laman web Suria FM, Facebook Suria FM dan juga Twitter Suria FM untuk sebarang klu.

Untuk menyertai, senang sahaja caranya :

  1. Hantarkan SMS Suria Ceria dan hantarkan ke 33988. Jika anda terpilih, kami akan hubungi anda.
  2. Teka ketawa 5 selebriti mengikut turutan
  3. Menangi RM100 untuk setiap tekaan yang betul dan RM500 jika betul kelima-limanya
  4. Pendengar yang berjaya meneka dengan betul kelima-kelima selebriti mengikut turutan akan mara ke pusingan akhir, untuk berpeluang merebut hadiah sehingga RM suku juta.

Untuk keterangan lanjut dan syarat penyertaan, layari www.suriafm.com.my

Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fiffi Natasya, Siti Saleha, Ezlynn & Al-Mawlid Rai Anak Yatim

Projek Hati Nurani Program Sekolah Dalam Hospital