in

Menang RM75,000 Dalam LAGU BERDUIT Suria FM

“Lagu Berduit” – Hadiah sehingga RM75,000 untuk pendengar setia Suria FM.

Pada jam 3 petang tadi, Budiey dijemput untuk hadir ke Sidang Media ‘LAGU BERDUIT’ Suria FM yang diadakan di Studio V, One Utama. Nak ucap terima kasih kat Deejay Radio Suria FM, Tuah Zoqarnain yang sudi tumpangkan Budiey untuk ke One Utama tadi. Tq Tuah!

Nak menang wang RM75,000? Inilah masanya, sertailah LAGU BERDUIT Suria FM sekarang!

Pernahkah anda terfikir dengan hanya mendengar lagu kegemaran anda di radio, anda mampu memenangi sejumlah wang yang besar? Jadi inilah masanya untuk anda mendengar Suria FM setiap hari, kerana Lagu Berduit di Suria FM kembali lagi untuk semua pendengar Suria FM!

Sebagai tanda penghargaan kepada para pendengar Suria FM, stesen radio ini akan menganjurkan peraduan yang memungkinkan sesiapa sahaja layak untuk memenangi wang tunai sehingga berjumlah RM75,000.

Dihoskan oleh Halim Othman dan Zizi.

Peraduan “Lagu Berduit” di Suria FM akan menghiburkan pendengarnya pada bulan Mac ini. Bermula dari 1 Mac sehingga 28 Mac 2010, semua pendengar Suria FM hanya perlu mendengar stesen kesayangan mereka ini daripada pagi hingga malam untuk mengetahui apakah lagu misteri yang sangat bernilai akan diputarkan.

Dihiburkan dengan 2 buah lagu dari dendangan secara live dari Mila. Penyanyi berusia 22 tahun ini juga akan tampil dalam Lagu Berduit bulan depan.

Tidak ada peraduan yang lebih mudah, lagi ringkas. Setiap pagi, melalui Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi, ‘klue’ tajuk lagu dan penyanyinya akan diberikan, membolehkan pendengar memenangi wang tunai RM250 serta merta!

Setiap kali lagu yang dinamakan itu diputarkan di Suria FM, pendengar hanya perlu hantarkan sms dengan menaip SURIA Lagu dan hantarkan ke 33988. Sekiranya lagu yang diputarkan itu dalam versi nyanyian “Live”, RM5,000 akan menjadi milik pemenang tersebut.

Dengarkan Radio Suria FM – Breakfast@Suria bersama Zizi, Kak V & Halim Othman.

Jangan lupa, anda perlu daftarkan diri anda sebagai Suria FM VIP terlebih dahulu! Pendaftaran ini hanya perlu dibuat sekali seumur hidup, dengan menaip VIP NAMA PENUH NO KP dan hantarkan ke 33988. Dengan pendaftaran ini, anda dapat berinteraksi dengan para penyampai Suria FM serta menyertai mana-mana peraduan yang dianjurkan di Suria FM.

Apa yang menjadikan Lagu Berduit di Suria FM ini lebih menarik, lagu yang dinyanyikan dalam versi unplugged itu nanti akan dinyanyikan oleh artis sendiri secara ekslusif dan ‘live’ di Suria FM. Tetapi bila lagu itu akan dikeudarakan adalah rahsia. Jadi, pendengar mestilah sentiasa peka dengan setiap ‘klue’ yang mungkin akan diberikan oleh mana-mana penyampai Suria FM yang lain.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, layari www.suriafm.com.my

Frekuensi Suria FM di Lembah Klang 105.3 FM, Melaka 88.5 FM, Seremban,
Negeri Sembilan 107.0 FM, Johor Utara 88.5 FM, Johor Baharu 101.4 FM, Kuantan, Pahang 96.1 FM,
Perlis, P. Pinang, Kedah 106.9 FM, Terengganu 102.4 FM, Kota Bahru,
Kelantan 106.1 FM, Ipoh, Perak 96.0 FM, Taiping 91.7 FM, Kota Kinabalu 105.9 FM.

Deejay Zaff tak ketinggalan untuk promote.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Candid Fouziah Gous Duta Produk Alaisyah

Debat Eksklusif Isu Sistem Pendidikan Cina di Malaysia