in ,

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Karya ini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik pada 20 May, 2022

Bermula daripada persahabatan (dijalin melalui DM Instagram) kini telah berkembang sebagai pasangan duo hip hop/R&B iaitu Herbal Candy.

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Pasangan duo indie ini terdiri daripada Iven Chong selaku produser dan Syamil Syaje selaku vokalis Herbal Candy. Mereka ingin mencabar diri dan menggabungkan identiti dan pengaruh muzik yang berbeza di dalam hasilan karya tersendiri. 

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Berasal dari latar belakang dan pengaruh muzik yang berbeza, mereka sepenuhnya berpegang teguh kepada dualiti mereka tersendiri. Ibaratnya seperti kandungan maksud tersirat pada nama kumpulan duo ini iaitu “Herbal” dikaitkan dengan perisa pahit dan “Candy” dikaitkan dengan perisa manis. Adunan kedua-dua individu yang saling melengkapi satu sama lain. 

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Menang adalah sebuah lagu dituliskan khas kepada mereka yang sedang menghadapi keraguan di dalam perjalanan hidup demi mencapai cita-cita. Di dalam dunia yang penuh pancaroba, Herbal Candy ingin mengingatkan orang ramai tentang kekuatan diri sendiri dan tidak berputus asa kerana ia adalah cara yang terbaik untuk membuktikan netizen haters itu salah. 

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Menang mempunyai komposisi lagu yang mempunyai tambahan kord synth, alunan atmospheric pads dan juga understated drums – diiringi oleh alunan melodi lirik lagu yang cukup menarik perhatian. 

“Menghasilakan lagu sepenuhnya dalam bahasa Melayu telah menjadi satu pengalaman yang hebat dan telah mencabar kami untuk meneroka asal usul kami sebagai artis Malaysia. Kami berharap lebih ramai orang di sekeliling kami akan mendengar lagu ini & mendapat inspirasi seperti yang kami lakukan.” 

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marvel Studios Siar Trailer & Poster Filem THOR: LOVE AND THUNDER

Drama Dan Filem-Filem Hebat Angkat Tema Kasih Sayang Di TV2