in , ,

Drama Dan Filem-Filem Hebat Angkat Tema Kasih Sayang Di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus menyemarakkan sambutan bulan Syawal ini dengan berkongsi menyiarkan drama dan filem-filem tempatan juga antarabangsa yang mengetengahkan cerita-cerita berlatarkan kasih sayang antara anak dengan keluarganya, persahabatan, percintaan dan pengorbanan kepada insan tersayang.

Lima kisah berbeza disiarkan menerusi saluran TV2 ini bermula dengan siaran telemovie “Ayer Mata Doha” pada 16 Mei ini, pukul 9.00 malam, diikuti filem kantonis ganre romantik komedi, “Anniversary” (19 Mei ini, 9.00 malam), filem Inggeris bertajuk “Easter Under Wraps” (20 Mei ini, 9.00 malam), filem Indonesia “Dancing In The Rain” (21 Mei ini, 11.30 malam) dan filem Hindustan popular bertajuk “Kal Ho Naa Ho” pada 22 Mei ini, pukul 9.00 malam. 

Dibintangi pelakon Syazwan Zulkifli, Mia Ahmad, Anis Al-Idrus, Dato’ Jalalludin Hassan, Marissa Yasmin dan Manan Holio, ikuti telemovie bertajuk “Ayer Mata Doha” yang menyorot kisah  setelah mendapat tahu yang dia mengidap tumor, Alif Zul membawa diri ke Doha. Pemergiannya dirahsiakan dari pengetahuan ibubapa dan juga tunangnya, Fasha. Semasa tinggal di Doha, sakit Alif Zul kembali menyerang. Dia bertemu dengan En. Hanafi dan anak perempuannya Rhubi Athirah yang telah bermaustautin di Doha lebih dari 15 tahun. 

Sepeninggalan Alif Zul, Amri, rakan serumahnya sering bertemu dengan Fasha. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula menyimpan perasaan dalam diam. Selang beberapa lama, kesihatan Alif Zul semakin membimbangkan dan dia terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Kepulangan Alif Zul membuatkan Fasha dan Amri rasa serba salah. Adakah Fasha dan Amri berterus terang tentang perasaan hati mereka kepada Alif Zul? Adakah Alif Zul dapat menerima takdir yang telah ditentukan buatnya? 

Seterusnya “Anniversary” mengisahkan pasangan suami isteri, Keung dan Bao yang sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Selepas sekian lama hidup bahagia dalam sebuah perkahwinan, hubungan mereka mula goyah. Mereka mula menghadapi perselisihan dan konflik yang membawa kepada perceraian. Dapatkah mereka mempertahankan kebahagiaan dan hidup gembira selamanya? Filem ini menggandingkan pelakon utama Lik-Sun Fong, Stephy Tang dan Loletta Lee.

Kemudiannya saksikan filem “Easter Under Wraps” berkongsi ceritaErin Cavendish menyamar di kilang coklat keluarganya untuk menyiasat mengapa jualan coklat merosot. Di situ dia bertemu Bryan, seorang penyelia di kilang tersebut yang mempunyai idea bagaimana cara menghasilkan produk-produk baru Easter. Filem ini lakonan mantap Fiona Gubelmann, Brendan Penny, Fred Henderson dan Ese Atawo.

Tidak kurang menariknya plot filem negara serumpun Indonesia, “Dancing In The Rain” menyorot persahabatan antara Banyu (Anak Autism), Radin (Pengidap Sakit Jantung) dan Kinrara (Kanser Tulang) yang bermula sejak kecil hinggalah dewasa. Walaupun hubungan persahabatan ini dihalang oleh keluarga Radin, namun kesetiaan antara mereka kekal utuh sehingga kematian Banyu yang sanggup mengorbankan dirinya demi untuk menyelamatkan Radin dari Mati akibat masalah jantung. Ia dilakonkan oleh Dimas Anggara, Bunga Zainal Deva, Mahendra dan Christine Hakin.

Akhir sekali berhibu dengan tayangan filem tersohor, “Kal Ho Naa Ho”, gandinganmantap Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dan Preity Zinta yang membawa kisah kehadiran Aman Mathur di kejiranan itu memberi impak positif buat Naina sekeluarga.  Naina senang dengan Aman dan Aman juga menyenangi Naina. Namun, Aman mahu satukan Naina dan Rohit kerana masanya untuk ‘pergi’ semakin hampir. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Herbal Candy

Menang Merupakan Lagu Bahasa Melayu Pertama Duo Indie, Herbal Candy

Inteam 2020 | 21

Persembahan Inteam Di Abu Dhabi Disambut Hebat Delegasi Seluruh Dunia