in ,

Memori AJL: Aura Seksi Dayang Nurfaizah di AJL 23

Hanya tinggal 6 hari saja lagi Anugerah Juara Lagu ke-24 akan mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil. Budiey sangat teruja dan tak sabar untuk melihat fesyen selebriti yang bakal melintasi karpet merah AJL. Seperti tahun sudah, di saat begini pastinya selebriti sedang sibuk mencari pereka fesyen untuk buat baju. Kalau tak pun, bagi yang tiada penaja, dah tentu mereka tidak teragak-agak untuk menyerang gedung membeli belah untuk memilih pakaian yang sesuai. Takkanlah nak pakai baju yang sedia ada dalam almari. Masa ni lah nak melaram!

Sepanjang countdown ini, Budiey akan menyiarkan coretan kenangan dan beberapa gambar yang Budiey ambil semasa red karpet. Untuk hari ini, Budiey nak highlight tentang fesyen ala kemban artis kita di AJL. Dimulakan dengan penyanyi popular, Dayang Nurfaizah yang turut hadir menyerikan AJL tahun lalu.

Fesyen gaun ini sangat minima, bebas dan simple. Yang penting ialah Dayang Nurfaizah nampak seksi. Budiey suka dengan corak batik yang diketengahkan. Nampak lebih elegan lagi dengan kain riben berwarna merah jambu yang dililit di pinggang.  

Apa kata anda pula?

4236234663 6071F0576D O | 4

4236233761 Eff75609E2 O | 5

4236233999 8Bda565719 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Akad Nikah Serina & Salahudin Ghafar

Selamat Memulakan Hari Baru di Tahun Baru 2010